Gomez gesa ahli LPPR letak jawatan


BEKAS ahli Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM  Edmund Terece Gomez mengesaahli Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) letak jawatan dan dipertanggungjawabkan berhubung isu melibatkan pemilikan saham Azam Baki.

Gomez yang dipetik laporan Malaysiakini berkata, ahli LPPR telah mengakui tiada kuasa untuk membuat keputusan berhubung dakwaan terhadap Azam, sesuatu yang didakwa dilakukan panel pada November tahun lalu setelah mendengar penjelasan ketua pesuruhjaya SPRM itu berhubung saham yang dimilikinya pada 2015.

“Pada pandangan saya, perkara yang terhormat adalah untuk mereka letak jawatan.

“Kerana…mereka sendiri mengaku, mereka telah melakukan sesuatu yang sekarang mereka akui tidak patut dilakukan, atau tiada kuasa untuk melakukannya,” katanya menurut laporan portal tersebut.

Gomez baru-baru ini meletak jawatan sebagai ahli panel perundingan selepas mendakwa panel itu gagal membincangkan laporan-laporan yang membabitkan pegawai-pegawai tinggi di suruhanjaya berkenaan.

Gomez dalam surat letak jawatannya yang tular di media sosial brliau berkata, timbul persoalan mengenai 'hubungan antara perniagaan dan pihak penguat kuasa' dan situasi 'konflik kepentingan' membabitkan pegawai tinggi SPRM serta dakwaan bahawa pegawai itu memiliki saham.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki dikaitkan dikaitkan dengan pemilikan saham berjumlah dua juta

Namun pada sidang media pada 5 Jan lalu, Pengerusi LPPR Abu Zahar Ujang berkata Azam telah memberi penjelasan pada 24 Nov lalu berhubung pemilikan saham itu.

Panel menurut Abu Zahar berpuas hati dengan penjelasan Azam - bahawa bahawa akaun trading miliknya digunakan oleh adiknya, Nasir Baki dan saham tersebut telah pun dipindahkan kepada Nasir.
 
Bagaimanapun, tiga hari kemudian, enam ahli LPPR dalam kenyataan bersama menyangkal kenyataan Abu Zahar dan berkata ia hanya pendirian peribadinya.
 

Sementara itu Gomez  menggesa ahli LPPR untuk menunjukkan minit mesyuarat 24 Nov tersebut agar orang awam dapat melihat apa yang berlaku.

“Adakah mereka bertindak secara wajar apabila isu ini mula dibawa ke mesyuarat pada 24 Nov?

“Jika, berdasarkan pengakuan mereka sendiri, mereka lakukan sesuatu yang mereka tahu di luar bidang kuasa, iaitu untuk memutuskan Azam tidak melakukan kesalahan, mengapa mereka melakukannya?

“Bukankah mereka patut dipertanggungjawabkan kerana berbuat demikian walaupun tiada kuasa?” katanya lagi.

Gomez dakwa ahli LPPR gagal
Mengulas lanjut, Gomez juga mempersoalkan bagaimana ahli LPPR dipilih dan  mendakwa ahli lembaga telah gagal melaksanakan tugas - iaitu sebagai mekanisme semak dan imbang untuk SPRM dan pengurusan tertingginya.

“Ini antara pengajaran yang kita dapat. Krisis ini menunjukkan mereka tidak berfungsi seperti sepatutnya,” kata ahli ekonomi itu lagi.

Post a Comment

0 Comments