ERA Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim belum berakhir seperti didakwa oleh Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Ahli Parlimen Sungei Petani, Datuk Johari Abdul ketika mengulas kenyataan Mukhriz berkata, dakwaan tersebut adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta, sedangkan pada hakikatnya Anwar masih lagi diterima sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) oleh pimpinan kanan Pakatan harapan (HARAPAN) seperti Presiden AMANAH, Mohamad Sabu maupun Setiausaha Agung Dap, Lim. Guan Eng.
Johari turut menegaskan bahawa kemelut politik hari ini sebenarnya bukan disebabkan kepimpinan Anwar, sebaliknya perletakan jawatan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri.
“Kekalahan HARAPAN dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka dan Sarawak tidak boleh digunakan sebagai ukuran populariti Anwar dan sekiranya berlaku peralihan kuasa kepada Anwar pada awal 2020, sudah pasti kerajaan PH akan kekal sehingga kini serta menunaikan janji manifestonya.
“Orang ramai yang berhimpun telah pun diberi taklimat mengenai situasi semasa negara ketika ceramah dan tiada tokoh yang lebih berpengaruh daripada Anwar dan sudah pasti setelah ceramah umum dibatalkan maka pengaruh Anwar dan seterusnya HARAPAN juga akan pudar.
“Sepatutnya Mukhriz membuat kajian berhubung perkara tersebut sebelum. membuat kritikan. Seharusnya ia sedar bahawa beliau mendapat kelebihan dalam PRU yang lalu adalah hasil tindakan HARAPAN mengumpul sokongan rakyat melalui beberapa siri ceramah umum dan pengaruh Anwar tidak berkurangan dan tetap layak dicalonkan sebagai PM ke-10,” ujar beliau dalam satu kenyataan.
Pengaruh Anwar dalam politik tak berkurang |
Sehubungan itu saran beliau, Pejuang perlu membuat kajian impak untuk muncul sebagai parti yang bertaring dalam PRU yang akan datang.