"Campur tangan kehakiman' : Anwar mahu penjelasan Mahiaddin


KETUA Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu bekas perdana menteri Mahiaddin Md Yassin menjelaskan dakwaan berlaku cubaan campur tangan kehakiman.

Gesaan itu dibuat berikutan sanggahan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat yang menafikan kenyataan Ahli Parlimen Pagoh itu yang mendedahkan bahawa kononnya dia dihubungi pihak tertentu untuk mencampuri urusan mahkamah.

Kenyataan Mahiaddin itu yang  disiarkan di televisyen tegas Anwar telah menimbulkan keraguan umum sama ada eksekutif boleh campur tangan dalam hal kehakiman, walaupun terdapat hakim yang tegas mematuhi kedaulatan undang-undang.

"Kita juga menunggu dan menuntut penjelasan lanjut dari Mahiaddin Yassin tatkala beliau sendiri yang mendedahkan bahawa wujudnya cubaan untuk mengubungi beliau agar mencampuri urusan mahkamah dalam kes-kes berprofil tinggi.

"Ini kerana timbulnya kemusykilan dan kecurigaan umum apakah pihak eksekutif mencampuri urusan kehakiman meski kita akui adanya hakim-hakim yang tegas dan patuh tunduk pada hukum," kata Anwar.

Pada 4 Ogos tahun lalu, di tengah-tengah pemberontakan dalam gabungan politik yang diterajuinya, Mahiaddin semasa berucap di televisyen mendakwa bahawa pengkritiknya "tidak selesa" dengannya selepas dia enggan bersetuju dengan tuntutan mereka untuk campur tangan dalam kes mahkamah dan membebaskan beberapa orang yang menghadapi pertuduhan jenayah.

Tengku Maimun bagaimanapun berkata tiada siapa yang mendekatinya atau mana-mana hakim lain untuk campur tangan sedemikian.

“Kami mendengarnya dari televisyen, bekas PM (Mahiaddin) mendakwa beliau didekati, tetapi tiada seorang pun daripada kami di sini didekati.

“Orang ramai tahu bahawa hakim membuat keputusan berdasarkan bukti, kita tidak boleh lari daripada prinsip teras itu.

Tuduhan Mahiaddin timbulkan kemusykilan
"Apa yang boleh saya katakan ialah tiada siapa yang menghubungi saya, mahupun orang lain di sini, untuk mendapatkan bantuan (dalam kes mahkamah)," kata Tengku Maimun kepada pemberita.

Sementara itu tegas Anwar, dalam konteks yang serupa, peguam negara harus juga memberi respon yang tegas berhubung isu itu

Post a Comment

0 Comments