BELUM terlambat untuk Pakatan Harapan (HARAPAN) berbuat sesuatu bagi memastikan kejayaan gabungan itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata seorang pemimpin gabungan itu.
Liew Chin Ton yang merupakan pengarah pendidikan politik DAP berkata walaupun HARAPAN kalah dengan pencapaian buruk dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tetapi ia tidak semestinya gabungan itu akan tewas dalam "peperangan utama".
Gabungan itu katanya memerlukan satu halangan untuk dijadikan motivasi untuk bangkit.
Chin Tong merujuk kekalahan gabungan itu di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 2016, namun bangkit dan menukar kerajaan persekutuan buat kali pertama pada Mei 2018.
"Kita kesal dengan kekalahan ini tetapi kita tak boleh putus asa. Keputusan (pilihan raya) menunjukkan kita boleh menang di kerusi-kerusi ini dengan sedikit peralihan sokongan daripada pengundi muda dan atas pagar
"Kita mesti bangkit daripada kekalahan untuk merangka strategi lebih baik untuk pertarungan seterusnya," katanya.
Bekas Timbalan Menteri Pertahanan itu sebelumnya berucap dalam acara penghargaan untuk sukarelawan dan pekerja kempen PRN Melaka.
"Kita perlu berikan HARAPAN wajah segar dan pengisian (substance) baru agar pengundi atas pagar akan memilih kita berbanding Umno/BN atau PN," tambahnya.
Sementara itu seorang lagi pemimpin DAP berkata. HARAPAN harus memikirkan bagaimana caranya untuk menggalakkan pengundi keluar mengundi dalam PRU akan datang.
Anthony Loke yang merupakan Ahli Parlimen Seremban berkata, ia kini merupakan satu cabaran besar yang perlu diatasi gabungan itu.
“Kita lihat kali ini, peratusan mengundi itu jatuh mendadak berbanding PRU2018, dan itu salah satu faktor yang menyebabkan banyak kerusi yang kita menang tahun 2018 tak dapat dipertahankan.
Bagaimana kita meyakinkan semula pengundi-pengundi yang keluar beramai-ramai pada PRU lepas supaya mereka boleh sekali lagi keluar untuk mengundi pada PRU yang akan datang. Ini merupakan satu cabaran yang besar," jelasnya.
Selain dua pemimpin DAP itu, Presiden Amanah Mohamad Sabu turut berkata bahawa gabungan itu perlu mencari jalan supaya pengundi di luar bandar dapat mengakses maklumat yang betul dan tepat pada masa akan datang.
“Kita akan meneliti dan melihat bagaimana keadaan ini dan sistem penerangan, bagaimana nak dilakukan terutama di kawasan luar bandar, yang kita tahu pembangkang selalunya dia (bergantung) di atas kekuatan penerangannya yang mampu mengajak dan mengubah orang ramai," jelasnya.
Liew Chin Ton yang merupakan pengarah pendidikan politik DAP berkata walaupun HARAPAN kalah dengan pencapaian buruk dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tetapi ia tidak semestinya gabungan itu akan tewas dalam "peperangan utama".
Gabungan itu katanya memerlukan satu halangan untuk dijadikan motivasi untuk bangkit.
Chin Tong merujuk kekalahan gabungan itu di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 2016, namun bangkit dan menukar kerajaan persekutuan buat kali pertama pada Mei 2018.
"Kita kesal dengan kekalahan ini tetapi kita tak boleh putus asa. Keputusan (pilihan raya) menunjukkan kita boleh menang di kerusi-kerusi ini dengan sedikit peralihan sokongan daripada pengundi muda dan atas pagar
"Kita mesti bangkit daripada kekalahan untuk merangka strategi lebih baik untuk pertarungan seterusnya," katanya.
Bekas Timbalan Menteri Pertahanan itu sebelumnya berucap dalam acara penghargaan untuk sukarelawan dan pekerja kempen PRN Melaka.
"Kita perlu berikan HARAPAN wajah segar dan pengisian (substance) baru agar pengundi atas pagar akan memilih kita berbanding Umno/BN atau PN," tambahnya.
Sementara itu seorang lagi pemimpin DAP berkata. HARAPAN harus memikirkan bagaimana caranya untuk menggalakkan pengundi keluar mengundi dalam PRU akan datang.
Anthony Loke yang merupakan Ahli Parlimen Seremban berkata, ia kini merupakan satu cabaran besar yang perlu diatasi gabungan itu.
“Kita lihat kali ini, peratusan mengundi itu jatuh mendadak berbanding PRU2018, dan itu salah satu faktor yang menyebabkan banyak kerusi yang kita menang tahun 2018 tak dapat dipertahankan.
Bagaimana kita meyakinkan semula pengundi-pengundi yang keluar beramai-ramai pada PRU lepas supaya mereka boleh sekali lagi keluar untuk mengundi pada PRU yang akan datang. Ini merupakan satu cabaran yang besar," jelasnya.
Selain dua pemimpin DAP itu, Presiden Amanah Mohamad Sabu turut berkata bahawa gabungan itu perlu mencari jalan supaya pengundi di luar bandar dapat mengakses maklumat yang betul dan tepat pada masa akan datang.
Masih ada ruang yakinkan semula pengundi |
0 Comments