Maszlee Malik sertai KEADILAN secara rasmi esok


AHLI PARLIMEN Simpang Renggam, Maszlee Malik yang kini berstatus wakil rakyat bebas dilapor bakal menyertai Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) secara rasmi esok.

Penyertaan bekas Menteri Pendidikan itu kedalam parti itu disahkan Timbalan Pengerusi KEADILAN Johor, Jimmy Puah Wee Tse dan sumber KEADILAN di Simpang Renggam.

“Ya, dia (Maszlee) akan masuk KEADILAN. Esok petang ada upacara di Simpang Renggam.  Saya tidak tahu mungkin Anwar (Ibrahim) yang bawa beliau masuk (KEADILAN),” kata Jimmy.

Beliau turut mengalu-alukan kemasukan bekas ahli akademik itu dan menganggap penyertaan Mazlee ke dalam parti itu dapat menurutnya dapay memberi suntikan kepada KEADILAN Johor.

Sebagai rekod, Maszlee merupakan  eorang ahli akademik dan menyertai parti Bersatu untuk bertanding di bawah Pakatan Harapan (HARAPAN) dalam PRU14.

Beliau merupakan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu yang kemudiannya dipecat pada Mei tahun lalu susulan konflik dalaman yang tercetus akibat keputusan parti itu untuk keluar daripada HARAPAN.

Ketika pemimpin yang lain bersama-sama Mahathir menubuhkan parti Pejuang, Maszlee memutuskan untuk menjadi Ahli Parlimen bebas yang mesra kepada HARAPAN.

Beliau kemudian dilantik sebagai Pengerusi bagi mewakiliJawatankuasa Pendidikan gabungan tersebut.

Sementara itu, sumber daripada KEADILAN Simpang Renggam memaklumkan bahawa penyertaan Maszlee kedalam parti itu esok akan diumumkan sendiri Anwar Ibrahim.
 
"Esok Maszlee akan serahkan 500 borang keahlian baru (kepada Anwar). Sebanyak 20 ranting baru akan ditubuhkan di Simpang Renggam," kata sumber itu dipetik Malaysiakini.

Maszlee pilih sertai KEADILAN
Terdahulu, satu poster memaparkan Anwar dan Maszlee akan menyertai satu program di Simpang Renggam esok dikongsikan di media sosial.

Dalam poster itu, Maszlee dilihat mengenakan pakaian dengan lambang KEADILAN.

Post a Comment

0 Comments