Mengapa Tajuddin Rahman belum didakwa?

 


PEGUAM NEGARA, Idrus Harun digesa memberi penjelasan mengapa Ahli Parlimen Pasir,  Tajuddin Abdul Rahman belum dihadapkan ke mahkamah berhubung dakwaan salah guna kuasa.

Pakatan Harapan (HARAPAN) melalui Majlis Presiden dalam satu kenyataan berkata, mereka merasa kesal bahawa sehingga hari ini, Idrus masih belum lagi memberi sebarang penjelasan terhadap tindakannya.

"Oleh itu, kami menggesa Peguam Negara untuk segera memberi penjelasan mengapa YB Pasir Salak tidak dihadapkan ke mahkamah.

"Sekiranya beliau gagal mendakwa YB Pasir Salak, maka Peguam Negara tidak layak memegang jawatan penting ini," kata kenyataan tersebut.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Seri Wilfred Madius Tangau menandatangani kenyataan tersebut.

Pada Mei, Tajuddin dilaporkan ditahan SSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung kes salah guna kuasa, beliau bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas itu.

Siasatan difahamkan dibuat dibawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Sementara itu dalam kenyataan sama, Majlis Presiden memberitahu bahawa isu tersebut mungkin akan mewujudkan persepsi buruk terhadap negara apatah lagi Tajuddin dijangka dilantik sebagai Duta Malaysia ke Indonesia.

Idrus digesa beri penjelasan
"Adakah penghormatan tertinggi diberikan kepada sebuah negara jiran penting apabila Malaysia dilantik seorang Duta Besar yang pernah ditahan kerajaan sendiri atas dakwaan salah guna kuasa?" soal mereka.

Post a Comment

0 Comments