HARAPAN kecewa keputusan AG batal rayuan kes Ku Nan

 


TINDAKAN Peguam Negara membatalkan rayuan terhadap keputusan membatalkan rayuan terhadap keputusan membebaskan Tengku Adnan Mansor dalam kes rasuah RM2 jutanya dianggap sangat mengejutkan.

Majlis Presiden Pakatan Harapan (HARAPAN) dalam satu kenyataan mengkritik keputusan itu dengan berkata ia dibimbangi akan mewujudkan persepsi yang sangat buruk dan menghakis kepercayaan umum terhadap kredibiliti dan kebebasan Institusi Peguam Negara menjalankan tugas rasminya secara profesional.

Kata Majlis itu lagi, walaupun menyedari bahawa Peguam Negara mempunyai kuasa untuk membuat keputusan, kes itu melibatkan pertuduhan berkait unsur-unsur rasuah terhadap seorang Ahli Parlimen dan seorang bekas menteri persekutuan.

Justeru mereka akan terus meneliti tindakan seperti ini dan mempertimbang langkah-langkah yang akan diambil sehingga kedudukannya dipertikaikan dan kewibawaannya tercalar.

“Sekiranya Peguam Negara tidak dapat menjustifikasikan keputusannya maka beliau harus letak jawatan,” katanya.

Untuk rekod, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Disember lalu mensabitkan kesalahan Tengku Adnan atas tuduhan menerima rasuah RM2 juta daripada ahli perniagaan Chai Kin Kong dan menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan dan denda RM2 juta.

19 Julai lalu, pihak pendakwaan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang melepas dan membebaskan bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor atas pertuduhan menerima rasuah RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan pada 2016.

Mahkamah Rayuan pada 16 Julai membenarkan rayuan Tengku Adnan, yang lebih dikenali sebagai Ku Nan untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 12 bulan serta denda RM2 juta yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Sementara itu Majlis Presiden berkata, susulan keputusan pembatalan itu, mereka akan meneliti kemungkinan ia melanggar Perjanjian Memorandum Persefahaman di antara Pakatan Harapan dan Kerajaan, khususnya Perkara 4 berhubung Kebebasan Institusi Kehakiman.

Majlis presiden lahirkan rasa kecewa
“Oleh itu, Majlis Presiden berpandangan keputusan Peguam Negara berhubung isu Tengku Adnan ini adalah salah dan mengecewakan,” kata mereka sambil menegaskan bahawa  rakyat menuntut agar rayuan kes tersebut didengar dan dihakimi sehinggalah segala proses perundangan yang dibenarkan dilalui sepenuhnya.

“Sekiranya Peguam Negara tidak dapat menjustifkasikan keputusannya maka beliau harus letak jawatan,” kata kenyataan ditandatangani Presiden KEADILAN Anwar Ibrahim; Presiden Amanah Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Upko Wilfred Madius Tangau itu.

Post a Comment

0 Comments