ISU berkaitan perjudian sekali lagi dibangkitkan di Dewan Rakyat apabila Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu masalah itu diberi perhatian.
Ketika sesi perbahasan semalam, Ahli Parlimen Port Dickson itu mendakwa “puluhan ribu” orang Islam didapati berjudi di pusat-pusat judi dan kegiatan judi yang semakin berleluasa dalam negara sekarang.
Beliau memberi amaran agar kerajaan tidak berdalih dan menafikan perkara tersebut kerana data dari sistem MySejahtera boleh membuktikan berapa ramai individu Melayu Islam yang terlibat dengan kegiatan judi dan menjadi ahli kelab tersebut.
Malah dakwanya lagi, akses orang Islam untuk mesin slot berlesen di kelab itu tidak seperti larangan yang dikenakan terhadap orang Islam di Kasino Genting di Pahang.
“Jangan nafikan kerana memang ada rekod MySejahtera orang Melayu terlibat dalam kes ini.
"Ini termasuk kelab di Bukit Kiara. Saya minta menteri kewangan dan pihak polis bahagian siasatan jenayah untuk menyemak kerana memang ada laporan polis dibuat.
“Saya cuma menekankan supaya menteri kewangan ambil serius soal cabutan khas dan lesen (judi) kerana saya tahu ia melibatkan dana besar dan bantuan kewangan besar kepada pihak tertentu.
“Tapi untuk mengizinkan perjudian ini bermaharajalela, (tidak boleh diterima),” katanya.
Perbahasan Anwar kemudian dicelah Mohamad Sabu (HARAPAN-Kota Raja) yang secara sinis menasihati Anwar agar tidak terus menekan pihak kerajaan.
Kerajaan bukan pilihan rakyat itu jelasnya sememangnya tidak mempunyai apa-apa manifesto yang boleh dilakukan.
“Janganlah tekan sangat kerajaan ini. Mereka bukan ada manifesto.
"Mereka bukan ada apa yang boleh dijanjikan Oleh itu, apa yang boleh dapat duit, mereka buat sahajalah. Jadi janganlah Port Dickson duk tekan kerajaan yang tak ada manifesto ini,” sindir Presiden Amanah itu kepada kerajaan.
Anwar gesa kerajaan beri perhatian serius |
“Ini manifesto kita sebagai rakyat Malaysia, apatah lagi orang Islam. Sekarang dengan kerajaan atas nama Melayu-Islam, lebih galak dengan aktiviti perjudian,” katanya lagi.
0 Comments