AHLI MAJLIS Pimpinan Wanita Pusat KEADILAN, Ginie Lim mengecam pengumuman mengejutkan bagi membubarkan DUN Melaka oleh Pengerusi Umno negeri, Abdul Rauf Yusoh.
Melalui satu kenyataan, Ginie yang juga dalah ADUN Machap Jaya berkata, pembubaran DUN itu dibuat tanpa perbincangan dengan semua pihak terlibat.
“Pembubaran DUN Melaka yang diumumkan oleh Speaker DUN, Datuk Seri Abdul Rauf Yusoh agar diadakan pilihan raya di peringkat negeri, adalah satu keputusan yang dibuat secara unilateral
“(Keputusan dibuat) tanpa berbincang dengan semua pihak dan bertentangan dengan semangat muafakat,” katanya dalam kenyataan tersebut.
Beliau turut menuntut Umno untuk bertanggungjawab sekiranya PRN yang akan diadakan itu menjejaskan kesihatan orang ramai kerana keputusan melaksanakan pilihan raya dalam waktu pandemik Covid-19 itu dikhuatiri akan meletakkan rakyat terutama pengundi dalam risiko jangkitan.
Terdahulu dalam muat naik di laman sosialnya, Wartawan veteran, Datuk A Kadir Jasin turut menyatakan kebimbangan pilihan raya diadakan di tengah pendemik.
Beliau memberi amaran agar keadaan ini
tidak mencetuskan suasana seperti PRN Sabah.
PRN di Sabah antara punca kepada lonjakan kes positif Covid-19 dalam
negara sehingga mencetuskan gelombang ketiga dan mencatatkan angka kes
tertinggi melebihi 24,000
Sementara itu dalam kenyataannya juga Ginie mengambil kesempatan mengucapkan penghargaan kepada rakyat di kawasan diwakilinya.
Walaupun menolak keputusan pembubaran DUN itu, beliau menegaskan untuk terus mempertahan kerusi dimenanginya sebagai satu cabaran mengembalikan semula mandat rakyat yang dirampas selepas PRU-14.
![]() |
Bimbang rakyat berdepan risiko jangkitan |
“Saya akan terus pertahankan DUN Machap Jaya agar kemenangan kembali kepada Pakatan Harapan,” katanya.
0 Comments