KEADILAN Negeri Melaka menyifatkan keputusan Speaker Melaka Abdul Rauf membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu sebagai tindakan yang membelakangkan kepentingan rakyat.
Pengerusi Badan Perhubungan KEADILAN Negeri Melaka, Halim Bachik mengecam pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka yang menyebabkan pilihan raya negeri (PRN) perlu diadakan.
"Tindakan yang dibuat oleh beliau jelas melanggar etika sebagai ahli politik yang meletakkan kepentingan rakyat di belakang dalam tempoh pandemik ketika ini.
"Tindakan yang gopoh dan tergesa-gesa ini sudah pasti akan memberi kesan yang buruk dan demi survival politik, kepentingan rakyat telah diketepikan," katanya dipetik laporan portal Malaysiakini.
Abdul Rauf yang juga merupakan Pengerusi Umno Melaka dalam sidang media mengumumkan bahawa pembubaran DUN Melaka mendapat persetujuan Yang di-Pertua (YDP) Negeri Melaka, Mohd Ali Rustam.
Warganet mengecam keputusan yang membawa kepada pilihan raya itu terutama ketika pendemik Covid-19 masih belum reda.
Selain menyifatkan keputusan itu sebagai tidak mengambil pengajaran seperti yang berlaku pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang dianggap punca penularan teruk Covid-19 di negara ini, warganet turut membandingkan beberapa peristiwa pertukaran pucuk pimpinan kerajaan negeri dan persekutuan.
Sebagai rekod, Ketua Menteri Sulaiman Md Ali hilang kedudukan sebagai Ketua Menteri susulan tindakan empat ADUN diketuai bekas Ketua Menteri Idris Haron menarik semula sokongan terhadap kerajaan negeri.
Sementara itu Halim berkata bahawa KEADILAN Melaka bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan susulan situasi terkini politik di negeri itu.
"KEADILANR adalah satu parti yang bersedia dengan sebarang kemungkinan sejak rampasan kuasa pasca-PRU14.
"Kami akan bersama-sama sahabat dari gabungan Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk terus memastikan demokrasi di dalam negeri ini hidup dan tidak dieksploitasi oleh mana-mana pihak," katanya dipetik.
Pengerusi Badan Perhubungan KEADILAN Negeri Melaka, Halim Bachik mengecam pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka yang menyebabkan pilihan raya negeri (PRN) perlu diadakan.
"Tindakan yang dibuat oleh beliau jelas melanggar etika sebagai ahli politik yang meletakkan kepentingan rakyat di belakang dalam tempoh pandemik ketika ini.
"Tindakan yang gopoh dan tergesa-gesa ini sudah pasti akan memberi kesan yang buruk dan demi survival politik, kepentingan rakyat telah diketepikan," katanya dipetik laporan portal Malaysiakini.
Abdul Rauf yang juga merupakan Pengerusi Umno Melaka dalam sidang media mengumumkan bahawa pembubaran DUN Melaka mendapat persetujuan Yang di-Pertua (YDP) Negeri Melaka, Mohd Ali Rustam.
Warganet mengecam keputusan yang membawa kepada pilihan raya itu terutama ketika pendemik Covid-19 masih belum reda.
Selain menyifatkan keputusan itu sebagai tidak mengambil pengajaran seperti yang berlaku pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang dianggap punca penularan teruk Covid-19 di negara ini, warganet turut membandingkan beberapa peristiwa pertukaran pucuk pimpinan kerajaan negeri dan persekutuan.
Sebagai rekod, Ketua Menteri Sulaiman Md Ali hilang kedudukan sebagai Ketua Menteri susulan tindakan empat ADUN diketuai bekas Ketua Menteri Idris Haron menarik semula sokongan terhadap kerajaan negeri.
![]() |
KEADILAN Melaka bersiap sedia |

0 Comments