PAKATAN HARAPAN tidak terburu-buru dalam menangani hasrat empat ADUN dari Melaka yang menarik sokongan dari kerajaan dan kini dikatakan ingin menyertai gabungan itu.
Perkara itu dijelaskan Pengerusi gabungan itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika diminta mengulas hasrat dinyatakan keempat-empat Adun itu - Idris Haron (Sungai Udang), Nor Azman Hassan (Pantai Kundor), Noor Effandi Ahmad (Telok Mas) dan Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu) seperti dilapor media sebelum ini.
Tambah Anwar, kesemua mereka juga belum membuat permohonan secara rasmi bagi menyertai gabungan itu.
"Mereka tidak menghantar permohonan secara rasmi, walaupun telah menyatakan hasratnya untuk menyertai HARAPAN.
"Jadi, kami perlu tunggu dan kami tak nak bertindak terburu-buru. Dan akan memberi masa dan peluang kepada mereka untuk menghubungi kami," katanya kepada pemberita di Petaling Jaya semalam.
Terdahulu beberapa pemimpin dari gabungan itu antaranya Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng;Naib Presiden PKR Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim keras menolak hasrat keempat- empat mereka yang dilihat berminat bertanding dibawah tiket HARAPAN.
Rafizi dalam catatan di laman sosialnya menegaskan bahawa individu yang mempunyai rekod dan berakhlak buruk tidak sesuai dijadikan calon untuk pilihan raya negeri (PRN) Melaka.
Beliau menggesa gabungan itu tidak mengambil jalan singkat dalam menangani isu di negeri itu.
“Menerima watak-watak yang dipandang serong oleh rakyat kerana tindakan tidak berprinsip mereka selama ini adalah satu kesilapan yang menghakis keyakinan rakyat. Janganlah ambil jalan singkat atas nama strategi,” katanya.

HARAPAN tak akan bertindak terburu-buru |

0 Comments