Darurat bakal beri mudarat besar kepada Melaka, - Bekas KM

 

BEKAS Ketua Negeri Melaka Adly Zahari mengkritik apa-apa cadangan mengisyhtiharkan darurat  darurat bagi mengelakkan Pilihan Raya Negeri (PRN) di negeri itu.

Tegasnya, langkah seperti itu adalah satu tindakan yang bakal memberi gambaran negatif yang akan merosakkan ekonomi rakyat dan negeri itu yang kini dalam fasa pemulihan.

“Mengheret Melaka kepada darurat adalah cukup buruk dan memberi persepsi negatif sebab kita dalam proses (pemulihan) dari satu fasa ke satu fasa.

“Kita tak boleh burukkan ekonomi kita. (Tak boleh) beri gambaran ekonomi buruk terutama di Melaka ketika kita baru nak buka pintu pelancongan,” kata Adly yang juga merupakan Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) negeri dalam satu sidang media.

Beliau turut mengulas mengenai darurat di Negeri Sarawak.

Menurutnya apa yang berlaku antara Melaka dan Sarawak adalah dua situasi yang berbeza, tambahan jelasnya apa yang berlaku di Melaka adalah kerajaan negeri telah kehilangan majoritinya.
 
"Memang ktia lihat Sarawak ada satu bentuk kestabilan politik kerajaan dipilih oleh rakyat, berbeza dengan Melaka mempunyai kerajaan minoriti.

"Bagi saya ini tidak wajar di kerajaan negeri, kerana kerajaan itu hilang kerpercayaan rakyat kerana ia mewakili ADUN itu sendiri,"tambahnya.

Darurat beri kesan tidak elok kepada Melaka
Beliau juga menyatakan rasa kesal kerana sepatutnya pihak yang sudah hilang majoriti, perlu mengikut proses peletakan jawatan yang betul, dan bukannya menasihati Yang Dipertua Negeri untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Tegasnya lagi, pihak yang tidak lagi mempunyai majoriti tidak sepatutnya memberi pandangan yang akhirnya menyebabkan kemudaratan kepada negeri itu.

Post a Comment

0 Comments