Apa status siasatan SPRM terhadap 5 Ahli Parlimen lompat?



SETIAUSAHA Agung DAP, Lim Guan Eng mempersoalkan mengapa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa wakil rakyat pembangkang namun tidak kepada Ahli Parlimen yang telah menukar sokongan kepada kerajaan yang sebelum ini terkait isu rasuah.

Bekas menteri kewangan itu membangkitkan persoalan tersebut susulan pendakwaan terhadap Ahli Parlimen Warisan, Labuan Rozman Isli.

Beliau turut mahu SPRM perlu memberi penjelasan sewajarnya berhubung perkara itu.

"Ini telah membuktikan pernyataan Majlis Presiden HARAPAN bahawa SPRM dijadikan sebagai alat politik untuk mengancam dan mengugut wakil rakyat pembangkang bagi mendorong mereka untuk menyokong kerajaan, terutama ketika mereka memiliki majoriti parlimen yang lemah dan tidak stabil.

"Di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN), SPRM tidak lagi dilihat sebagai organisasi yang adil, bebas dan profesional yang memerangi rasuah di peringkat tertinggi, tanpa rasa takut atau pilih kasih.

"Malah bekas ketua polis negara turut mendedahkan kegagalan SPRM bertindak menentang rasuah politik yang melibatkan ahli parlimen yang melompat menyokong kerajaan," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Rozman didakwa di Mahkamah semalam atas satu tuduhan rasuah semasa menjadi timbalan pengerusi Lembaga Pelabuhan Labuan.

Ahli Parlimen Warisan itu kemudian mendakwa dia dikenakan pertuduhan tersebut kerana enggan untuk meninggalkan partinya untuk menyokong kerajaan sekarang dan pertuduhan yang baru dibuat oleh SPRM ini dakwanya adalah satu rencana yang sudah dirancang lama dan bermotifkan politik.

"“Bagi saya ada dua objektif yang ingin dicapai oleh pihak yang berkepentingan politik yang menerajui operasi ini.

“Pertama dalam masa mereka memujuk saya untuk saya meninggalkan Warisan dan menyokong kerajaan (perdana menteri), kes ini sengaja diadakan untuk menakut-nakutkan dan menekan saya.

“Kedua, pertuduhan ini juga direka bentuk dan disediakan supaya apabila saya tidak mahu mengalah dengan tekanan mereka maka akhirnya ia akan dibacakan juga di mahkamah untuk menjatuhkan imej saya sebelum PRU ke-15 yang akan datang ini," katanya Rozman.

Beliau turut berkata, bahawa sebelum ini telah dihadapkan ke mahkamah sebanyak dua kali tetapi setiap kali, pertuduhan berkenaan tidak diteruskan.

Guan Eng tuntut penjelasan SPRM
Sementara itu, Guan Eng mahu suruhanjaya tersebut menjelaskan lima kes rasuah politik yang melibatkan Ahli Parlimen yang lompat parti berikutan dorongan atau ugutan.

"Siasatan SPRM telah berakhir begitu sahaja setelah mereka melompat untuk menyokong kerajaan, di mana tidak ada tindakan yang diambil oleh SPRM,” katanya yang turut berkongsikan grafik ‘Lawan kerajaan SPRM dakwa, Sokong kerajaan SPRM senyap’ dalam hantarannya di Facebook.

 

Post a Comment

0 Comments