AHLI PARLIMEN Pontian Ahmad Maslan, mengumumkan keputusannya untuk menarik diri daripada pencalonan bagi jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Katanya, keputusan menarik diri itu dibuat bagi menumpukan usaha dan perhatian kepada jawatannya sebagai Setiausaha Agung UMNO.
“Saya ingin fokus kepada kerja-kerja selaku Setiausaha Agung Umno,” katanya dalam sidang media di Parlimen, menurut laporan Bernama
Tambah Ahmad Maslan lagi, perbincangan mengenai penarikan diri itu telah dibincangkan dengan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Presiden, ohamad Hasan; serta tiga Naib Presiden parti itu termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Dia turut memberitahu telah berjumpa dengan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun mengenai keputusan itu dan memaklumkannya kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Parlimen),Wan Junaidi Tuanku Jaafar semalam.
Sebelum ini, Ismail Sabri dilapor mencadangkan Ahmad sebagai calon tunggal bagi jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat menggantikan penyandangnya, Datuk Seri Azalina Othman Said yang meletak jawatan pada 23 Ogos lalu.
Manakala pembangkang mencalonkan Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming mewakili Pakatan Harapan (HARAPAN).
Pencalonan Ahmad Maslan sebelum ini membangkitkan raksi kurang senang kepada beberapa Ahli Parlimen yang beranggapan Ahmad Maslan tidak sepatutnya dicalonkan memandangkan dia sebelum ini dituduh di Mahkamah.
Ahmad Maslan tarik diri dari pencalonan |
Ia selepas pihak pendakwaan menarik balik kesemua pertuduhan setelah bekas menteri itu bersetuju kesnya dikompaun RM1.1 juta.
0 Comments