MoU beri ruang reformasi pembiayaan politik - Ong Kian Ming


SEORANG
Ahli Parlimen mewakili Paktan Harapan (HARAPAN) menolak tanggapan bahawa tiada apa yang dicapai dalam reformasi pembiayaan politik sejak 13 tahun lalu.

Ong Kian Ming daripada DAP yang dipetik laporan portal FMT berkata, 'agak banyak usaha telah dilakukan kearah usaha reformasi itu termasuk berhubung isu peruntukan untuk pembangkang di negeri yang dikuasai Pakatan Harapan, seperti Pulau Pinang dan Selangor.

Jelasnya, wakil rakyat di Perak menerima peruntukan sama, manakala peruntukan itu “sedikit sebanyak” sama untuk semua wakil rakyat di Johor.

“Jadi, ia salah dari segi fakta untuk katakan kita tidak mencapai apa-apa.

“Walaupun kita belum sampai ke tahap diingini, agak banyak usaha dilakukan sejak 2008,” katanya pada satu program webinar berkaitan pembiayaan politik.

Kian Ming sebelumnya mengulas kenyataan ahli ekonomi, Terence Gomez yang berkata bahawa walaupun kempen besar-besaran berkaitan reformasi pembiayaan politik – khasnya selepas pilihan raya umum 2008 yang menyaksikan lima negeri dikuasai pembangkang namun “Tiada apa yang dicapai”.

Dalam program itu juga beliau memuji memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai antara pembangkang dan kerajaan pimpinan Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini, yang menurutnya turut menawarkan peruntukan sama kepada semua Ahli Parlimen.

Walaupun ia bukan berkaitan pembiayaan politik secara langsung, hakikat peruntukan sama diberikan kepada kedua-dua pihak menunjukkan tekanan Ahli Parlimen berkurangan dari segi pengumpulan dana untuk kawasan Parlimen mereka.

“Khasnya untuk pembangkang dan juga Ahli Parlimen kerajaan bagi kerja kawasan Parlimen mereka.” jelasnya dengan harapan Ahli Parlimen Pembangkang lain yang tidak menandatangani MoU itu turut akan mendapat manfaat serupa.

Kian Ming tolak tanggapan Terence Gomez
Kian Ming bagaimanapun menyuarakan kebimbangan terhadap pembiayaan politik untuk parti.

“Saya rasa akan ada tekanan semakin banyak terhadap ahli politik, khasnya mereka yang lebih muda untuk menggunakan peruntukan yang diketepikan kerajaan negeri atau persekutuan, bagi menyumbang kepada ahli melalui NGO atau persatuan dikuasai mereka.” tambahnya.

Post a Comment

0 Comments