Logo untuk PRU: Kita runding cari yang terbaik, kata Anwar


PEMILIHAN
logo yang bakal digunakan Pakatan Harapan (HARAPAN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) perlu diselesaikan secara baik menerusi rundingan, kata Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pandangan itu disuarakan Anwar yang merupakan Presiden parti KEADILAN susulan gesaan pihak dalam partinya yang mencadangkan HARAPAN menggunakan logo partiitu seperti PRU lalu sedangkan pada masa sama parti komponen mahu logo gabungan itu digunakan bagi mewakili mereka.

"Saya hormat pandangan akar umbi yang gesa pimpinan gunakan logo KEADILAN (dalam PRU15).

"Saya juga faham dalam konteks HARAPAN, ada gesaan daripada teman-teman supaya guna logo HARAPAN.

"Jadi biarlah kita runding secara baik untuk dapatkan penyelesaian secara baik," katanya dalam sidang media secara dalam talian di Pejabat Parti itu semalam.

Terdahulu, Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Wilayah Persekutuan menggesa supaya logo dan bendera parti mereka digunakan calon gabungan itu yang bertanding pada pilihan raya umum akan datang.
 
Mereka menyifatkannya pemilihan logo berkenaan sebagai "formula yang akan membawa kemenangan".

Bincang cari pilihan terbaik
Bagaimanapun ia dibantah Pemuda DAP Wilayah Persekutuan yang mahu logo gabungan itu digunakan.

Anwar sementara itu berkata kedua-dua pihak mempunyai "hujah yang kuat" tetapi tidak mengulasnya secara lanjut mengenainya.

Post a Comment

0 Comments