Hakim Lee Swee Seng, yang mengetuai panel tiga hakim berkata kes saman fitnah 13 tahun lalu itu mesti diluputkan cepat mungkin.
Difahamkan amaran itu susulan pihak pembelaan memohon penangguhan kerana peguam Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai mereka tidak dapat menghadiri prosiding dalam talian kerana kurang sihat.
“Tidak kira apa pun, kita perlu meneruskan kes ini. Kami bersimpati dengan isu kesihatan tetapi ini adalah kes rayuan pada 2017 dan kes ini perlu dilupuskan secepat mungkin tahun ini.
“Pihak pembelaan seharusnya menyediakan peguam lain untuk penghujahan jika ketua pasukan pembelaan kurang sihat. Ini adalah penangguhan terakhir,” kata Lee.
Terdahulu, peguam Sarah Malini Abishegam yang mewakili Khairy memberitahu panel hakim bahawa beliau menerima panggilan daripada Muhammad Shafee yang memaklumkan beliau deman selain mengalami kesakitan di pergelangan tangan dan bahu kanannya.
Lee kemudian mengarahkan tarikh pengurusan kes dan pendengaran baharu kes rayuan itu oleh pendaftar mahkamah. Difahamkan mahkamah menetapkan 2 Nov ini untuk mendengar rayuan tersebut.
Anwar, yang juga presiden KEADILAN, menyaman Khairy, yang ketika itu menteri belia dan sukan dan juga naib ketua Pemuda Umno pada 7 Mac 2008, dengan mendakwa Khairy membuat kenyataan memfitnahnya dalam ceramah di Lembah Pantai pada 20 Feb tahun sama dan menyebabkan klip video bertajuk ‘Anwar and kin no threat’ disiarkan di portal berita.
![]() |
Hakim tak mahu ada penagguhan lagi |
Pada 19 Feb 2018, Mahkamah Rayuan menolak rayuan tersebut atas sebab teknikal tanpa mendengar meritnya.
Bagaimanapun, pada 15 Dis tahun lalu, Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan Khairy terhadap penolakan itu dan mengarahkan Mahkamah Rayuan mendengarnya.
0 Comments