KERAJAAN negeri Pulau Pinag membuat beberapa pindaan sejajar dengan Pelan Pemulihan Negara Fasa 2 bagi membolehkan lebih ramai orang Islam hadir mengerjakan ibadah solat di masjid dan surau di negeri itu.
Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman berkata berkuatkuasa 18 September, masjid negeri, daerah, kariah serta surau dan surau Jumaat dibuka kepada jemaah mengikut ruang masjid dan surau masing-masing dengan SOP jelas.
selain dari itu ruang musafir atau ruang khas perlu disediakan bagi musafir dan pekerja e-hailing.
Walau bagaimanapun, ibadah lain seperti akad nikah, jamuan makan dan mesyuarat fizikal adalah tidak dibenarkan dijalankan di masjid dan surau.
"Manakala urusan solat jenazah pula dibenarkan untuk 30 orang dan bagi urusan pengebumian jumlah yang dibenarkan adalah seramai 30 orang dan ziarah kubur juga dibenarkan.
“Di samping itu, khatib jemputan bagi khutbah jumaat adalah tidak dibenarkan dan hanya teks yang diterbitkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang sahaja yang dibenarkan.
“Bagi majlis ilmu pula, semua kuliah majlis ilmu hanyalah secara atas talian. Bacaan surah Yaasin dan tahlil secara fizikal pada malam Jumaat adalah dibenarkan serta laungan azan pula sudah boleh kembali kepada lafaz asal azan,” ujar Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang itu.
![]() |
Lebih ramai jemaah boleh laksana ibadah |
Sementara itu, mereka yang baru mendapat 1 dos vaksin masih dibenarkan solat di masjid atau surau sepertimana SOP.
Ahmad Zakiyuddin turut menggesa pihak masjid dan surau membentuk satu jawatankuasa pemantau untuk menastikan SOP yang dikeluarkan dipatuhi.
0 Comments