PAKATAN HARAPAN (HARAPAN) mahu kerajaan Ismail Sabri Yaakob menyatakan pendirian mereka dalam isu pakatan strategik ketenteraan baru antara Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK) dan Australia.
Jawatankuasa mengenai keselamatan ditubuhkan gabungan itu berkata, langkah dilakukan gabungan itu besar kemungkinan akan meningkatkan suhu ketegangan di rantau Asia.
"Disebabkan kedudukan geografinya yang terletak di tengah persaingan geopolitik dunia yang semakin sengit, Malaysia perlu meneliti dan menyatakan pendiriannya dengan jelas.
"Selari dengan kepentingan negara, Malaysia perlu menjelaskan bahawa kita bersedia bekerjasama dengan semua pihak. Namun, sebelum itu, AS dan China perlu meredakan ketegangan khususnya di Laut China Selatan dan rantau Asia secara amnya," kata jawatankuasa itu dalam satu kenyataan.
Kenyataan itu ditandatangani Mohamad Sabu (Amanah), Johari Abdul (KEADILAN) dan Liew Chin Tong (DAP). Mohamad dan Liew masing-masing adalah bekas menteri dan timbalan menteri pertahanan.
Sebagai rekod, pakatn strategik ketenteraan itu - yang digelar Aukus - adalah kerjasama keselamatan, perisikan dan teknologi yang baru melibatkan tiga negara itu. Bagaimanapun isu pemerolehan kapal selam berkuasa nuklear mengundang paling banyak perhatian.
Ia turut meliputi perolehan kapal selam berkuasa nuklear bernilai AUD90 bilion, yang disifatkan sebagai perkembangan besar di rantau ini.
![]() |
Keamanan rantau Asia boleh tergugat |
Kewujudan kapal selam Australia itu berisiko memberi kesan kepada keseimbangan kuasa di rantau ini, terutama di Laut China Selatan.
China memiliki 12 buah kapal selam berkuasa nuklear dan enam daripadanya memiliki kelengkapan misil balistik.
0 Comments