HARAPAN 'ikat' Ismail supaya tak selamatkan 'kluster mahkamah'


PAKATAN HARAPAN (HARAPAN) akan menarik diri dari Memorandum persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang dimenterai dengan kerajaan sekiranya semua perkara yang dipersetujui sebelum ini tidak dilaksanakan.

Pendirian itu dinyatakan Ahli Parliman Pasir Gudang, Hassan Karim sebagai mengulas tanggapan sesetengah pihak yang mengatakan gabungan pembangkang itu sudah hilang peranan semak dan imbang apabila mementerai MoU.

Jelasnya penarikan diri itu boleh dibuat kerana terdapat klausa mengenainya dalam MoU yang ditandatangai itu.
 
"Jika perkara ini dibawa ke mahkamah (kerana kerajaan tidak melaksanakan perkara dipersetujui), HARAPAN juga tidak boleh menuntut ganti rugi.

"Tetapi kesannya jika siapa yang mungkir janji akan berdepan kemarahan rakyat. Jika MoU tersebut berjaya, ini adalah untuk manfaat rakyat keseluruhannya dan bukan untuk manafaat Perdana Menteri," katanya lagi.

Pada Isnin, senario politik tanah air mencatat sejarah apabila buat julung kalinya kerajaan Persekutuan dan pembangkang memeterai MoU bagi membentuk satu kerjasama dwi-partisan yang ampuh dan mantap.

MoU itu merangkumi enam aspek iaitu Pemerkasaan Pelan Covid-19, Transformasi Pentadbiran, Pembaharuan Parlimen, Kebebasan Institusi Kehakiman, Perjanjian Malaysia MA63 dan Pembentukan Jawatankuasa Pemandu.

Mengulas lanjut, Hassan berkata menerusi MoU ini HARAPAN dapat laksanakan agenda reformasi yang kita perjuangkan sejak dahulu walaupun tidak menjadi kerajaan.

HARAPAN boleh tarik diri jika MoU dilanggar
Perdana Menteri diikat dengan MoU itu supaya bersetuju untuk tidak mencampuri urusan mahkamah termasuk tidak akan tunduk kepada desakan Kluster Mahkamah untuk campur tangan termasuk 'melepaskan' mereka.

"Ertinya tangan Perdana Menteri 'diikat', tidak boleh campur kes mahkamah Ahli Parlimen Pekan, Ahli Parlimen Pontian dan Ahli Parlimen Bagan Datuk yang juga Presiden UMNO. Mungkin Perdana Menteri pun seronok tidak perlu berada di bawah tekanan Kluster Mahkamah," katanya.

 

Post a Comment

0 Comments