PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Ahmad Zahid Hamidi menyelar tindakan Ahli Parlimen dari gabungan itu yang melompat parti.
Bercakap ketika merasmikan Perhimpunan Agung Parti Makkal Sakti secara atas talian hari ini, Zahid yang juga Presiden Umno turut mendakwa mereka yang melakukan tindakan itu adalah pemimpin tidak bermaruah dan dayus yang mengejar kepentingan peribadi politik mereka.
"Perbuatan Ahli-ahli Parlimen terbabit yang jelas telah mencabul amanah diberikan kepada mereka
“Memang BN rasa dikhianati apabila ramai Ahli Parlimennya yang melompat kerana kuasa dan wang ringgit selepas kita tewas.
"Tetapi kehadiran serta sokongan padu (parti) Makkal Sakti bersama BN mampu melonjakkan semula kita,” katanya dipetik.
Selain mengejar wang ringgit dan kuasa, Ahli Parlimen terbabit juga menurutnya takut dengan pertuduhan yang boleh mengheret mereka menjadi kluster mahkamah.
Sementara itu ketika mengulas cadangan untuk menggubal akta lompat parti seperti yang dikemukakan oleh bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Azalina Othman Said, Zahid berkata semua pihak tidak boleh alpa sama ada akta ia akan diluluskan atau sebaliknya.
Untuk rekod pada 2 Sept, Azalina menghantar notis cadangan usul Rang Undang-Undang (RUU) Pemecatan Ahli Parlimen 2021 kepada Dewan Rakyat.
Tegas Ahli Parlimen Pengerang itu, Akta itu mesti disegerakan membolehkan aktiviti lompat parti membabitkan ahli Parlimen dihentikan.
Senario yang membabitkan lompat parti itu bukan sahaja tidak adil kepada rakyat tetapi kepada parti yang mereka wakili sebelum ini.
Bercakap ketika merasmikan Perhimpunan Agung Parti Makkal Sakti secara atas talian hari ini, Zahid yang juga Presiden Umno turut mendakwa mereka yang melakukan tindakan itu adalah pemimpin tidak bermaruah dan dayus yang mengejar kepentingan peribadi politik mereka.
"Perbuatan Ahli-ahli Parlimen terbabit yang jelas telah mencabul amanah diberikan kepada mereka
“Memang BN rasa dikhianati apabila ramai Ahli Parlimennya yang melompat kerana kuasa dan wang ringgit selepas kita tewas.
"Tetapi kehadiran serta sokongan padu (parti) Makkal Sakti bersama BN mampu melonjakkan semula kita,” katanya dipetik.
Selain mengejar wang ringgit dan kuasa, Ahli Parlimen terbabit juga menurutnya takut dengan pertuduhan yang boleh mengheret mereka menjadi kluster mahkamah.
Sementara itu ketika mengulas cadangan untuk menggubal akta lompat parti seperti yang dikemukakan oleh bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Azalina Othman Said, Zahid berkata semua pihak tidak boleh alpa sama ada akta ia akan diluluskan atau sebaliknya.
![]() |
Zahid bidas 'katak' khianat Barisan Nasional |

0 Comments