PAKATAN HARAPAN (HARAPAN) akan mengambil sikap berkecuali pada undian Belanjawan 2022 sekiranya ada perkara berhubung usul perbekalan itu tidak dibincangkan oleh kerajaan Ismail Sabri Yaakob dengan mereka.
Perkara itu dinyatakan Ahli Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad seperti dilapor portal Sinar.
Menurut Noor Amin, Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang ditandatangani baru-baru ini menekankan bahawa semua perkara mengenai perbekalan mestilah dibincang dan dipersetujui oleh HARAPAN.
“Hanya dengan itu kita boleh sokong. Kalau dia (kerajaan) tidak bincang dan tidak ada persetujuan, mungkin akan timbul bantahan atau kritikan terhadap perkara-perkara yang tidak termasuk dalam perbincangan,” katanya dipetik.
MoU yang dimaktubkan antara kerajaan dengan HARAPAN merangkumi enam agenda iaitu pemerkasaan pelan Covid-19, reformasi pentadbiran, pembaharuan Parlimen, kebebasan institusi kehakiman, perjanjian Malaysia MA63 dan pembentukan jawatankuasa pemandu.
HARAPAN menyambut baik memorandum persefahaman itu setelah ia dilihat mampu menjayakan usaha-usaha reformasi diperjuangkan mereka sebelum ini.
Walau bagaimanapun beberapa pemimpin gabungan itu memberi amaran bahawa persefahaman itu akan terbatal sekiranya Ismail tidak melaksanakan perkara yang telah dipersetujui secara bersama.
Sementara itu menurut Noor Amin berharap kedua-dua pihak akan giat mengadakan rundingan bagi menjayakan usaha yang memberi manfaat untuk rakyat itu.
![]() |
Lebih banyak perbincangan perlu diadakan |
“Jadi, ada banyak lagi rundingan dari semasa ke semasa bergantung kepada situasi, keadaan, ekonomi dan politik,” jelasnya.
0 Comments