KERAJAAN mahupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak sepatutnya beralasan untuk menagguhkan pelaksanaan had kelayakan mengundi untuk anak muda yang berusia 18 tahun.
Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ketika perbahasan di Parlimen menegaskan bahawa pelaksanaan itu boleh dicapai tanpa dibawa ke mahkamah sekiranya Ahli-ahli Parlimen terutama dari blok kerajaan menyokong usul mengenainya.
“Sebenarnya isu ini tak perlu ke mahkamah. Mahkamah itu digunakan kerana tahu sikap kerajaan berdolak dalih melengahkan.
“Cadangan pada Disember atau kalau nak diteliti dan dicerakinkan, saya tak ada masalah jika ditangguhkan beberapa bulan selepas itu asalkan ianya dibuat pada suku pertama tahun depan.
“Pada peringkat awal, macam-macam kerenah SPR. Kalau lima, atau enam bulan awal pada 2020 tak apa.
Tapi kalau sekarang, saya tak fikir ada alasan apa pun untuk melengahkannya,” katanya dalam persidangan Dewan Rakyat petang ini.
![]() |
K'jaan jangan beralasan lagi |
Presiden KEADILAN itu percaya sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendapat arahan yang jelas dari kerajaan bagi melaksana perkara itu, mereka mampu melaksanakannya dengan baik.
0 Comments