KERAJAAN Persekutuan diketuai Ismail Sabri Yaakob digesa segera mengambil tindakan mengawal harga barangan keperluan yang semakin tinggi.
Timbalan Ketua Pemuda Amanah Nasional, Muhamad Taqiuddin Cheman ketika merujuk peningkatan harga runcit bagi sekilogram ayam yang dilapor baru-baru ini menegaskan bahawa pihaknya menerima beberapa aduan bahawa kenaikan harga barang yang lebih tinggi berlaku di beberapa kawasan luar bandar.
Apa yang mengecewakan jelasnya, pihak kerajaan dilihat tidak bertindak secara pro aktif untuk mengatasi masalah tersebut.
Mereka menurut Muhamad Taqiuddin hanya memberi cadangan yang tidak realistik dengan meminta pengguna memilih pasaraya berbanding pasar awam untuk membeli ayam.
“Pihak kerajaan khususnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sepatutnya maklum bahawa tidak semua kawasan mempunyai pasar raya
“Langkah penyelesaian yang seharusnya dimainkan oleh kerajaan adalah melihat punca sebenar terhadap masalah ini yang mungkin berpunca daripada kegiatan monopoli dan selanjutnya menggunakan kuasa yang ada untuk menyelesaikannya.
"“Pemuda AMANAH Nasional mendesak kerajaan segera mengambil tindakan untuk mengawal harga barang keperluan pengguna yang tinggi ini dan menunjukkan iltizam politik untuk menyelesaikannya ,” katanya dalam satu kenyataan.
Beberapa laporan media sebelum ini menyebut peningkatan harga ayam dapat dilihat dengan ketara apabila mencecah RM12.00 bagi sekilogram di sesetengah kawasan.
Sementara itu, Pengarah Mobilisasi AMANAH Pulau Pinang, Rosli Hasan dipetik laporan Malaysia dateline berkata, sepatutnya isu kenaikan bahan mentah termasuklah harga ayam yang naik secara mendadak diatasi dengan segera.
Kerajaan Perikatan Nasional 2.0 sepatutnya menjadikan mantan menteri Pakatan Harapan (HARAPAN) sebelum ini sebagai contoh.
“Semasa HARAPAN menerajui kepimpinan, sebaik sahaja mereka mendapat tahu ataupun kedengaran keluhan pengguna dan peniaga mengenai kenaikan bahan mentah dan sebagainya, tiada lagi masa senggang untuk mereka.
![]() |
Pakatan Rakyat aktif pastikan harga barang rendah |
” Mereka segera menjejak kaki ke pasar-pasar basah dan kering, ke bendang maupun ke jeti-jeti nelayan dengan segera sebaik saja mendengar luahan serta masalah sedemikian untuk diselesaikan tanpa peduilikan siang ataupun malam, ” tegas Rosli.
0 Comments