HARAPAN usaha dapatkan pengecualian bayaran faedah moratorium


PAKATAN HARAPAN
sedang mengusahakan pengecualian bayaran faedah untuk moratorium pinjaman bank kepada kumpulan 50 peratus terbawah daripada keseluruhan rakyat.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui satu muat naik dilaman Facebooknya.

“Saya tekankan kepada menteri-menteri, wang yang kita suntik kepada rakyat, sebahagian besar akan diguna untuk membayar hutang. Jadi, kedudukan keluarga, kesihatan, makanan dan pendidikan akan terjejas.

“Sebab itu kita kaitkan peruntukan dana supaya tidak menggunakan wang itu untuk membayar hutang ank sehingga akhir 2021,” katanya dipetik.

Difahamkan pengecualian itu meliputi bayaran faedah tersebut untuk tempoh tiga bulan pada suku keempat tahun ini.

Isu berkaitan moratorium antara perkara dibincangkan blok pembangkang dalam pertemuan tiga pemimpin utama HARAPAN dengan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob sebelum ini.

Sementara itu, seorang penganalisis kewangan, Kelvin Ong dipetik laporan Berita Harian berkata, Institusi perbankan masih mampu menguruskan kesan daripada pengecualian bayaran faedah moratorium selama tiga bulan bermula Oktober sehingga Disember ini.

Penganalisis AmInvestment Bank itu melontar pandangan itu bersandarkan kepada fakta bahawa pengecualian itu hanya tertakluk kepada peminjam berpendapatan rendah yang pinjamannya lebih kecil berbanding golongan berpendapatan tinggi.

Keuntungan bank dijangka tidak akan terjejas
"Kami menganggarkan bahawa pengecualian pembayaran faedah untuk tujuh bank yang kami kaji adalah berjumlah RM562 juta pada suku keempat 2021. Kesan kepada keuntungan bersih bank antara 1.4 peratus hingga 5.8 peratus.

"Penilaian kami terhadap bank-bank kekal tidak berubah kerana ia sudah pun berdasarkan angka tahun kewangan 2022," jelas Kelvin.

Post a Comment

0 Comments