Covid-19: Malaysia lepasi angka 2,000,000 kes


MALAYSIA melepasi angka dua juta kes Covid-19 pada Selasa selepas merekodkan pertambahan 15,699 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah kumulatif pandemik tersebut di negara kini ialah 2,011,440 kes sejak penularannya, Februari tahun lalu.

Walau bagaimanapun, bilangan kes jangkitan harian menunjukkan penurunan untuk empat hari berturut-turut.

Menyentuh mengenai kes harian hari ini, Noor Hisham memaklumkan bahawa Selangor kembali berada di tangga teratas dengan 2,632 kes diikuti Sarawak (1,983), Johor (1,974), Sabah (1,784), Pulau Pinang (1,651) dan Kelantan (1,406).

Kes kumulatif di Malaysia makin meningkat


Perak pula melaporkan 856 kes, Pahang (763), Terengganu (483), Kuala Lumpur (411), Negeri Sembilan (143), Perlis (30), Putrajaya (14) dan Labuan (tiga).


Difahamkan setakat ini 1,266 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 689 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Post a Comment

0 Comments