Penggantungan Rayer disingkatkan lepas campur tangan Anwar

 


AHLI PARLIMAN Jelutong RSN Rayer yang terkenal dengan kelantanganya diusir dari Dewan Rakyat hari ini selepas mendakwa Timbalan Speaker, Mohd Rashid Hasnon bertindakan secara “memalukan”.

Rayer pada sidang yang berlangusng hari ini menuduh Rashid sebagai tidak telus dan gagal memberikan penjelasan munsabah atas tindakannya menolak usul dikemukakan wakil pembangkang yang mahukan Speaker Azhar Harun meletak jawatan sebagai Speaker Dewan Rakyat.

“Kenapa alasan keputusan itu (tolak usul minta speaker letak jawatan) tak dimaklumkan secara terbuka di Dewan Rakyat.

“Ini adalah salah guna kuasa, rakyat tengok. Ini memalukan,”kata Rayer.

Susulan enggan menarik balik perkataan dilontarnya, Rashid kemudian menggantung kehadiran wakil rakyat daripada DAP itu selama dua hari daripada sesi sidang Parlimen.

Tindakan Rashid mengarahkan Rayer keluar dewan menimbulkan rasa tidak puas hati wakil pembangkang lain.

Ada kalangan mereka kemudian melaungkan perkataan ‘memalukan’ terhadap timbalan speaker itu.

Bagaimanapun dipetik laporan Sinar petang tadi, penggantungan kehadiran Rayer telah disingkatkan kepada hanya sehari. Ia selepas campur tangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sesi mesyuarat sebelah pagi kecoh
Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson meminta pergantungan itu dipertimbangkan kerana istilah 'memalukan' itu bukan disebut Rayer seorang bahkan disebut oleh ramai ahli Parlimen yang lain ketika kekecohan berlaku

"Saya putuskan (Rayer digantung) satu hari dan esok beliau boleh masuk," kata bekas Ahli Parlimen Pakatan Harapan (HARAPAN) yang meninggalkan gabungan itu untuk menyertai kerajaan Perikatan Nasional pada krisis politik pada Febuari 2020 itu dipetik. 

Post a Comment

0 Comments