PEMBANGKANG mendukung usaha dan komitmen kerajaan untuk melaksanakan Undi 18 menjelang akhir tahun ini, kata ketuanya Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata soal teknikal dan perkara berkaitan peruntukan undang-undang tertentu tidak wajar dijadikan alasan sehingga melengahkan pelaksanaan Undi 18.
"Pendirian kita ia (Undi 18) mesti dijalankan.
"Bila saya jumpa PM (Perdana Menteri), saya juga tekankan bahawa hal ini perlu dijalankan, amanah ini iaitu memastikan Undi 18 diluluskan sebelum akhir tahun ini maknanya sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang," katanya dalam satu sidang media sebelum ini.
Isu berkaitan Undi 18 sekali lagi dibangkitkan setelah Mahkamah Tinggi Kuching pada awal bulan ini memerintahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan melaksanakan Undi18 menjelang 31 Disember tahun ini.
Pesuruhjaya Kehakiman Alexander Siew How Wai membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman lima anak muda yang menggesa kerajaan melaksanakan segera pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan umur mengundi.
![]() |
HARAPANsokong usaha percepat Undi18 |
Sementara itu Anwar turut menegaskan bahawa beliau percaya isu berkaitan Undi 18 dapat diselesai segera sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendapat arahan yang jelas dari kerajaan.
0 Comments