PRESIDEN parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor telah memfailkan tuntutan balas terhadap Muhammad Yusoff Rawther - lelaki yang didakwa membuat tuduhan palsu terhadapnya.
Melalui tuntutan itu, Anwar mendakwa Yusoff mengemukakan keterangan subahat dengan individu yang tidak diketahui untuk mencemarkan imej politiknya.
Tuduhan dilontarkan Yusoff itu menurutnya 'palsu dan direka' sebagai percubaan untuk menghalangnya daripada menjadi perdana menteri untuk mengambil alih tampuk pemerintahan daripada Dr Mahathir Mohamad seperti mana direncanakan sebelum ini.
“Dakwaan ini bertujuan mencemarkan reputasi politiknya menjelang Kongres Nasional KEADILAN ke-14 dan menjejaskan proses peralihan tampuk pemerintahan negara daripada Mahathir,” menurut pernyataan tuntutan balas yang difailkan oleh Tetuan Jeffrey Lee bagi pihak Anwar itu.
Yusoff mengadakan sidang media pada 4 Disember 2019, sehari sebelum kongres parti itu.
Dalam pernyataan tuntutan yang difailkan pada Julai, Yusoff mendakwa serangan seksual itu berlaku pada 2 Okt 2018 di kediaman Anwar di Segambut.
“DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) tidak menemui Yusoff di kediamannya (pada 2 Okt 2018) seperti yang didakwa,”
"Seperti yang diplidkan pada perenggan 25.3 atas (dalam pernyataan tuntutan balas Anwar), sekitar pada 2pm hingga kira-kira pukul 5 pm ke pukul 6pm, DSAI (Anwar) telah melayan keluarga dan kawan-kawannya di kediaman Bukit Segambut.
"Dalam keadaan itu, DSAI menyatakan bahawa pernyataan-pernyataan Yusoff di perenggan 16 hingga 24 (pernyataan tuntutan Yusoff terhadap saman itu) adalah palsu sama sekali dan direka," kata tuntutan balas yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa itu.
Sementara itu Anwar turut mempersoal mengapa Yusoff mengambil masa lebih satu tahun setelah insiden serangan seksual yang didakwanya melalui akuan bersumpah bertarikh 19 Nov 2019, iaitu kira-kira dua minggu sebelum kongres tersebut bermula di Melaka.
Malah Yusoff mengambil masa lebih daripada satu tahun untuk membuat laporan polis pada 7 Disember 2019, di mana kongres itu sedang berlangsung.
"DSAI berpendapat bahawa tujuan utama tuntutan yang digunakan oleh Yusoff ini adalah bertujuan untuk mencemarkan reputasi dan imej politik DSAI dengan tuduhan palsu itu.
"Oleh itu, DSAI berpendapat bahawa Yusoff sengaja mengemukakan tuduhan palsu ini sebelum dan semasa kongres untuk menimbulkan kerosakan maksimum reputasi dan kerjaya politik DSAI," kata tuntutan itu.
Melalui tuntutan balas itu, Anwar menuntut daripada Yusoff ganti rugi umum, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, faedah, kos dan relif lain yang dianggap wajar oleh mahkamah.

![]() |
Anwar dakwa Yusoff buat pernyataan palsu |

0 Comments