BEKAS Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggesa kerajaan mempercepatkan pindaan terhadap Seksyen 309 Kanun Keseksaan berhubung percubaan bunuh diri.
Dalam perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 di Dewan Rakyat semalam, Dr Wan Azizah yang juga adalah Ahli Parlimen Pandan berkata, pindaan itu perlu disegerakan supaya percubaan bunuh diri tidak lagi dikategorikan sebagai kesalahan jenayah sebaliknya satu faktor kesihatan mental.
“Saya ulangi supaya percepat (pindaan) Seksyen 309 Kanun Keseksaan supaya perbuatan bunuh diri tak dikira jenayah.
“Kemelut Covid-19 mengakibatkan ramai anak menjadi yatim piatu. Ia juga memberi kesan masalah mental dan fizikal. Ramai telah hilang semangat untuk terus hidup dan pilih jalan pintas untuk tamatkan riwayat hidup.
“Jumlah kes bunuh diri tahun ini dari Januari hingga Julai sudah lebih daripada statistik jumlah bunuh diri sepanjang tahun 2020,” katanya.
Antara Januari hingga Julai tahun ini, sebanyak 638 kes bunuh diri telah dilaporkan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, berdasarkan laporan daripada polis, jumlah itu meningkat 1.4 kali ganda, berbanding 262 kes sahaja tahun lalu.
Untuk rekod, cadangan pindaan itu merupakan antara lima perkara utama yang diputuskan dalam mesyuarat yang dipengerusikan Dr Wan Azizah ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada Jun 2019.
Mesyuarat itu memutuskan supaya Jabatan Peguam Negara mengkaji cadangan untuk mengeluarkan cubaan bunuh diri daripada Kanun Keseksaan.
Dr Wan Azizah yang juga adalah Pengerusi Majlis Penasihat KEADILAN berpandangan Individu yang cuba membunuh diri sewajarnya tidak dihukum, sebaliknya mereka perlu diberi rawatan bagi mengatasi isu kecelaruan mental mereka, sesuai dengan strategi mencegah, memulih dan merawat.
Dalam perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 di Dewan Rakyat semalam, Dr Wan Azizah yang juga adalah Ahli Parlimen Pandan berkata, pindaan itu perlu disegerakan supaya percubaan bunuh diri tidak lagi dikategorikan sebagai kesalahan jenayah sebaliknya satu faktor kesihatan mental.
“Saya ulangi supaya percepat (pindaan) Seksyen 309 Kanun Keseksaan supaya perbuatan bunuh diri tak dikira jenayah.
“Kemelut Covid-19 mengakibatkan ramai anak menjadi yatim piatu. Ia juga memberi kesan masalah mental dan fizikal. Ramai telah hilang semangat untuk terus hidup dan pilih jalan pintas untuk tamatkan riwayat hidup.
“Jumlah kes bunuh diri tahun ini dari Januari hingga Julai sudah lebih daripada statistik jumlah bunuh diri sepanjang tahun 2020,” katanya.
Antara Januari hingga Julai tahun ini, sebanyak 638 kes bunuh diri telah dilaporkan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, berdasarkan laporan daripada polis, jumlah itu meningkat 1.4 kali ganda, berbanding 262 kes sahaja tahun lalu.
Untuk rekod, cadangan pindaan itu merupakan antara lima perkara utama yang diputuskan dalam mesyuarat yang dipengerusikan Dr Wan Azizah ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada Jun 2019.
![]() |
Wan Azizah bawa gesaan dalam Dewan Rakyat |

0 Comments