PEMIMPIN parti PAS menerima sindiran Ketua Pembangkang, DatuK Seri Anwar Ibrahin di Dewan Rakyat.
Ia susulan keputusan kerajaan yang menaikkan cabutan khas nombor ekor sebanyak 22 kali dalam tempoh setahun seperti diminta syarikat perjudian itu.
Sindiran itu selepas Mohamad Sabu (HARAPAN-Kota Raja) mencelah perbahasan Anwar dan berkata agar kerajaan yang dianggotai banyak ulama itu tidak dihina berikutan isu tersebut.
“Janganlah hina kerajaan. Kan ulama banyak dalam kerajaan. Ini menghina kerajaan yang disokong oleh ulama, kenapa ni?,” katanya kepada Anwar, mahu menyindir PAS.
Anwar menjawab: “Tentunya rasa membara Kota Raja ini disebabkan judi ditambah 22 kali.
“Jadi bagi saya ini membingungkan. Dan tidak ada suara, sunyi sepi, lidah kelu tidak berkata, entah sebab apa saya tak faham,” kata Ahli Parlimen Port Dickson itu.
Terdahulu isu berkaitan cabutan khas nombor ekor itu menjadi perhatian ramai setelah Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz mengesahkan kerajaan memberi kebenaran kepada semua syarikat nombor ramalan untuk melaksanakan 22 cabutan khas sepanjang 2021.
Zafrul berkata demikian di Dewan Rakyat sebagai menjawab soalan Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar.
Sebagai rekod, kadar kekerapan 22 kali setahun itu diberikan kerajaan BN sebelum gabungan itu jatuh dalam PRU ke-14 pada Mei 2018.
Namun apabila Pakatan Harapan (HARAPAN) yang turut dianggotai DAP menjadi kerajaan, kekerapan itu diturunkan menjadi 11 kali pada 2019 dan hanya lapan tahun berikutnya.
Pemimpin PAS yang menganggotai Kabinet turut dikritik warganet kerana dilihat tidak tegas menolak keputusan kerajaan itu.
Walau bagaimanapun, seorang pemimpin kanan PAS, Razman Zakaria menggesa ahli parti itu agar kekal tenang di sebalik kecaman dengan alasan bahawa keputusan membenarkan pertambahan cabutan khas itu bukan dibuat partinya.
Ketua Pemuda AMANAH Terengganu Zamil Ghazali menegaskan bahawa pemimpin PAS wajar mempertahankan prinsip dan berani meletakkan jawatan sebagai menteri sekiranya tidak mahu dituduh bersekongkol meluluskan perkara yang dilarang dalam Islam itu.
![]() |
PAS dikritik ramai gara-gara isu 'cabutan khas' judi |
BACA: Menteri PAS mesti pertahan prinsip, dicabar letak jawatan
“Jika benar PAS ada kesungguhan untuk bawa Islam sebagai agama, hukum Allah sebagai peraturan, halalkan apa yang Allah halalkan, haramkan apa yang Allah haramkan, nescaya PAS tidak berdiri sebagai sebahagian daripada kerajaan yang halalkan judi ini!”katanya lagi.
0 Comments