Zunar berang, karya dicuri dan dipalsukan penyokong parti k'jaan

KARTUNIS Zunar membuat laporan polis terhadap penyokong Umno dan PAS yang dakwanya telah mencuri dan memalsukan karyanya.

Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Alhaque membuat laporan itu di  Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields semalam untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Melalui satu kenyataan dikeluarkan, beliau menegaskan sebagai pemegang hak cipta tunggal karya dihasilkan, beliau merasakan tindakan individu terbabit adalah menyalahi undang-undang.

“Dalam laporan tersebut saya menamakan individu yang mempunyai nombor telefon +60 ***7117917 dengan nama yang tertera ialah ‘Fairosmohamme’ dan lima lagi ‘admin’ dalam sebuah ‘WhatsApp group’ sebagai pihak yang bertanggungjawab mencuri dan memalsukan karya-karya saya.

“Mereka juga telah memuat naik kartun-kartun yang dicuri dan dipalsukan itu di WhatsApp group bernama ‘UmnoPas Jom Ranapkan PH’,” katanya.

Penerima  anugerah '2016 Cartooning for Peace Award' dari Presiden Kehormat Swiss Foundation Cartooning for Peace, Kofi Annan itu turut telah memaklumkan bahawa butiran berkait individu yang mencuri dan memalsukan karyanya itu sudah diserahkan kepada polis.

Malah turut melampirkan karya asalnya yang didakwa dicuri dan dipalsukan individu terbabit.

Melalui kenyataan itu juga Zunar mengucapkan penghargaan kepada pihak yang memaklumkan tindakan pihak tidak bertanggungjawab itu.

Penyokong Umno dan PAS didakwa curi
“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada pihak yang tampil memberi maklumat ini kepada saya.

“Selain itu, saya sedang berbincang dengan peguam dan menimbangkan akan mengambil tindakan mahkamah terhadap individu-individu tersebut kerana telah melanggar hak cipta mengikut Akta Hak Cipta 1987,” katanya dipetik.

Post a Comment

0 Comments