Sikap pemimpin sukarkan usaha transformasi Parlimen

SIKAP menteri kabinet Ismail Sabri Yaakob yang dilihat kurang berminat hadir mendengar perbahasan mengenai Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) akan menyebabkan usaha transformasi Parlimen sukar dicapai.

Semalam, Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming melahirkan rasa kecewa apabila  hanya lima menteri dan timbalan menteri yang hadir ketika Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim membahaskan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).

Beliau berkata, tindakan sebahagian besar Ahli Parlimen kerajaan yang tidak hadir itu  menunjukkan mereka seolah-olah tidak menghormati institusi Parlimen negara.

“Kabinet kita yang paling besar dalam dunia, iaitu 69 menteri dan timbalan menteri.

"Saya rasa adalah penting dalam aspek transformasi Parlimen, apabila ketua pembangkang berucap, bolehkah kita tetapkan sekurang-kurangnya menteri dan timbalan menteri hadir untuk dengar perbahasan ketua pembangkang?

“Ini adalah sebahagian usaha transformasi Parlimen kerana ini merupakan kod etika cukup asas, tetapi tidak dipatuhi.

“Apabila ketua pembangkang berucap, hanya lima individu di blok kerajaan. Ke mana perginya lebih 60 menteri dan timbalan menteri yang lain?” soalnya ketika mencelah perbahasan Anwar di Dewan Rakyat.

Sebagai rekod perkara sama dibangkitkan Ahli Parlimen Pembangkang pada 21 September lalu.

Bekas Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching mempersoal dimana sebahagian besar Ahli Parlimen termasuk menteri Kabinet dan timbalan menteri “hilang” sehingga agenda sesi petang untuk perbahasan Titah Diraja terpaksa ditangguhkan.

Insiden sama berlaku seminggu sebelumnya apabila Anwar Ibrahim terpaksa berdebat mengenai krisis kesihatan dan ekonomi dengan kerusi kosong di pihak kerajaan yang dilapor hanya dihadiri seorang menteri dan timbalan menteri.

Insiden sama berlaku hampir tiap minggu
Sementara itu, Kor Ming mendesak Ketua Whip Ahli Parlimen Kerajaan bertindak dalam isu itu.

Anwar menyatakan setuju dengan pandangan Kor Ming itu dengan berkata, ketika  menjadi kerajaan, beliau tidak meninggalkan dewan bagi mendengar perbahasan ketua pembangkang ketika itu.

Post a Comment

0 Comments