Anwar gesa k'jaan cari langkah realistik jayakan RMK-12


KERAJAAN pimpinan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob digesa supaya memberi tumpuan kepada  pelaksanaan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) yang dibentangkan di Dewan Rakyat.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membahaskan RMK12 semalam menegaskan fokus utama perlu diberi untuk menjayakan RMK12 dengan menangguh segala projek mega kerajaan dan kembali kepada rakyat.

“Parlimen ini harus digunakan sepenuhnya untuk menuntut supaya RKM12 ini berikan tumpuan kalau perlu tangguhkan projek-projek besar, tangguh projek lapangan terbang, ECRL (projek Laluan Rel Pantai Timur) dan teliti semula MRT3.

“Apa faedah kita nak teruskan dalam keadaan rakyat kelaparan, menganggur, tak cukup makan dan tak cukup mutu pendidikan sekarang,” katanya dipetik.

Selain itu Anwar yang juga merupakan Ahli Parlimen Port Dickson mahu kerajaan mengkaji semula sasaran purata pendapatan isi rumah sebanyak RM10,000 sebulan pada 2025 perlu dikaji semula.

Walaupun melihat ia satu sasaran yang baik, namun mempersoalkan apakah ia satu sasaran realistik memandang berlaku kadar kemiskinan dan pengangguran di negara kini.

Beliau menambah Jabatan Perangkaan juga harus menyedari bahawa ada mereka yang bekerja hanya beberapa jam seminggu dan tidak mendapat cukup pendapatan untuk menampung keluarga mereka.

Pendapatan rakyat mesti jadi keutamaan


“Lebih baik jika rata-rata pendapatan isi rumah berdasarkan kadar kemiskinan,” katanya yang bersetuju dengan pandangan Mohamad Sabu (HARAPAN-Kota Raja) sebelumnya yang menyatakan bahawa gaji yang diterima walaupun di sektor swasta dan graduan telah menurun.


Ismail pada selasa mengumumkan empat dasar dan 14 pemacu perubahan bersifat holistik demi negara, ekonomi dan rakyat menjadi pilihan Keluarga Malaysia dalam pembentangan RMK-12.

Post a Comment

0 Comments