RANCANGAN Malaysia Ke-12 (RMK-12) perlu menitikberatkan keperluan kritikal golongan wanita dan kanak-kanak. tegas Wanita Pakatan Harapan (HARAPAN).
Ketuanya, Aiman Athirah Al Jundi melalui satu kenyataan bersama Ketua Wanita KEADILAN Fuziah Salleh dan Chong Eng dari DAP menegaskan supaya kerajaan sewajarnya memberikan keutamaan kepada tindakan segera berkaitan isu-isu pengupayaan dan perlindungan wanita, kanak-kanak dan institusi keluarga khususnya dalam empat tumpuan.
Ia jelas mereka bagi memastikan golongan itu tidak tercicir daripada agenda pembangunan dan pemulihan negara pasca pandemik Covid-19.
Antaranya mereka berkata, ibu-ibu warganegara Malaysia yang melahirkan anak di luar negara wajar diberikan hak yang sama dengan bapa warganegara Malaysia dalam penganugerahan kerakyatan kepada anak-anak mereka.
“Kerajaan dituntut agar segera menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memberi ibu status yang sama dengan bapa. Tiada erti laungan kosong ‘Keluarga Malaysia’ oleh Perdana Menteri jika beliau sendiri tidak berusaha memastikan tafsiran undang-undang dengan mengambil kira masa depan anak-anak Malaysia ini.
“Kedua, menyegerakan pembentangan Rang Undang-Undang Gangguan Seksual di Dewan Rakyat supaya akta tersebut boleh diluluskan secepat mungkin dan memperkenalkan lebih banyak perlindungan daripada gangguan seksual.
“Ketiga, melaksanakan Dasar Keterangkuman Gender di semua negeri dalam Malaysia. Komitmen kerajaan dalam pemerkasaan gender seperti yang digariskan dalam RMK-12 juga harus diiringi dengan iltizam politik untuk menggunakan piawaian antarabangsa melindungi hak wanita dan kanak-kanak,” kata kenyataan mereka.
Selain itu, mereka turut mengesa kerajaan memberi tumpuan untuk melaksanakan dasar keluarga selamat di Malaysia seperti dilaksanakan kerajaan negeri Pulau Pinang.
Dasar itu boleh dilaksana dengan menyediakan lebih banyak inisiatif langsung bagi membantu mangsa keganasan rumah tangga khususnya bagi mendapatkan bantuan.
Melalui kenyataan itu juga mereka menjelaskan bahawa negara yang tidak memberikan keutamaan dan kepentingan kepada peranan, kedudukan, hak dan suara wanita sudahpun gagal dalam agenda untuk mengembangkan dan membangun agenda negara makmur, inklusif, mampan.

![]() |
Pengupayaan wanita mesti ditingkatkan |

0 Comments