Anwar bakal bawa isu kesihatan mental frontliner untuk perhatian Parlimen


PENGERUSI
Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal membangkitkan isu kesihatan mental petugas kesihatan di dalam sidang Parlimen minggu depan.

Melalui satu kenyataan, Anwar berkata bahawa beliau mengambil maklum banyak laporan mengenai luahan para petugas kesihatan yang mengalami tekanan dan gangguan emosi sepanjang bertugas memerangi wabak Covid-19.

Justeru ada keperluan tegasnya untuk isu emosi dan kesihatan mental para petugas kesihatan diberi perhatian terutama ketika mereka terlibat dalam memerangi pendemik Covid-19.

"Saya meneliti laporan mengenai luahan para petugas kesihatan yang mengalami tekanan dan gangguan emosi sepanjang bertugas memerangi wabak.

"Pengorbanan mereka tanpa henti wajar mendapat pembelaan dan perhatian.

“Ini harus diambil kira oleh Menteri Kesihatan yang baharu," katanya Presiden KEADILAN itu.

Mengulas lanjut perkara itu, Anwar berkata bahawa Kerajaan mesti memberi fokus aspek pengurusan, persekitaran kerja, keperluan asas, penjagaan kesihatan dan keselamatan kakitangan yang bertugas di mana-mana fasiliti kesihatan dengan lebih berkesan.

Pada Rabu, akhbar tempatan melaporkan lebih 70,000 petugas Kementerian Kesihatan (KKM) berdepan pelbagai gangguan emosi seperti stres, kemurungan dan kecelaruan, serta kelesuan melampau selepas 20 bulan melawan pandemik COVID-19 secara berterusan.

Menurut laporan tersebut, terdapat kakitangan kesihatan mengaku menangis setiap hari selama sebulan apabila pulang ke rumah, stres, berasa tidak berguna kerana tidak dapat menyelamatkan pesakit, selain kemanusiaan diri tercabar apabila terpaksa memilih pesakit yang perlu 'dilepaskan' setiap hari.

Pengorbanan petugas kesihatan perlu dihargai
Segelintir daripada mereka turut dilapor memulakan tabiat yang tidak sihat seperti merokok dan mengambil kopi berlebihan untuk mendepani kelesuan melampau atau 'burnout' berikutan peningkatan beban tugas akibat pandemik itu.

Post a Comment

0 Comments