AHLI PARLIMEN Kluang, Wong Shu Qi melahirkan rasa terkejut dan keliru setelah diminta hadir bagi memberikan keterangan berkaitan protes Ahli Parlimen terhadap penangguhan Dewan Rakyat pada 2 Ogos lalu.
Beliau mempersoalkan arahan itu kerana beliau sama sekali tidak berada di lokasi perhimpunan itu sebaliknya menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) di Parlimen.
Dalam satu kenyataan, Shu Qi secara sinis mempersoalkan apakah dia mempunyai kemahiran untuk 'mengklonkan' dirinya untuk berada di dua tempat yang berbeza pada masa sama.
“Saya terkejut menerima notis daripada pihak polis pada hari ini berkenaan satu dakwaan kononnya terlibat dalam sebuah perhimpunan walaupun saya langsung tidak berada di lokasi yang didakwa berlangsungnya perhimpunan tersebut ataupun terlibat dalam apa-apa perhimpunan.
“Adakah saya kini mempunyai ilmu 'kagebunsin no jutsu' dari Naruto untuk mengklon diri saya berada di beberapa tempat pada masa yang sama?
“Sebagai ahli Parlimen yang menjalankan tanggungjawab, saya berasa amat kecewa dan keliru dengan siasatan polis dalam kes ini,” katanya.
Shu Qi dipanggil untuk dirakam percakapan mengikut Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah pada 8 September ini di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di ibu negara.
Difahamkan pihak polis memohon kerjasamanya untuk hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, pada Rabu ini pukul 10 pagi, untuk dirakam percakapannya di bawah Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah.
Dalam kenyataanya juga, Shu Qi turut mengimbas kejadian pada hari protes 2 Ogos lalu dimana beliau disekat polis apabila tiba di lingkaran Jalan Tuanku Abdul Halim menuju ke Jalan Parlimen dan dileoncngkan ke jalan alternatif.
Katanya, selepas menunjukkan surat rasmi PAC untuk hadir dalam mesyuarat pada hari tersebut, pihak polis yang bertugas di sekatan jalan raya memintanya untuk mengambil jalan alternatif untuk masuk ke Parlimen.
Untuk rekod, pada tarikh tersebut Ahli-Ahli Parlimen pembangkang berkumpul di Dataran Merdeka setelah dihalang memasuki bangunan Parlimen untuk persidangan khas terakhir di Dewan Rakyat.
Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen ke-14 bagi Dewan Rakyat ketika itu ditangguhkan pada hari terakhir Dewan Rakyat bersidang secara khas selain Kerajaan Perikatan Nasional (PN) berdepan tekanan untuk membentang dan membahaskan status pembatalan Ordinan Darurat.
Beliau mempersoalkan arahan itu kerana beliau sama sekali tidak berada di lokasi perhimpunan itu sebaliknya menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) di Parlimen.
Dalam satu kenyataan, Shu Qi secara sinis mempersoalkan apakah dia mempunyai kemahiran untuk 'mengklonkan' dirinya untuk berada di dua tempat yang berbeza pada masa sama.
“Saya terkejut menerima notis daripada pihak polis pada hari ini berkenaan satu dakwaan kononnya terlibat dalam sebuah perhimpunan walaupun saya langsung tidak berada di lokasi yang didakwa berlangsungnya perhimpunan tersebut ataupun terlibat dalam apa-apa perhimpunan.
“Adakah saya kini mempunyai ilmu 'kagebunsin no jutsu' dari Naruto untuk mengklon diri saya berada di beberapa tempat pada masa yang sama?
“Sebagai ahli Parlimen yang menjalankan tanggungjawab, saya berasa amat kecewa dan keliru dengan siasatan polis dalam kes ini,” katanya.
Shu Qi dipanggil untuk dirakam percakapan mengikut Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah pada 8 September ini di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di ibu negara.
Difahamkan pihak polis memohon kerjasamanya untuk hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, pada Rabu ini pukul 10 pagi, untuk dirakam percakapannya di bawah Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah.
Dalam kenyataanya juga, Shu Qi turut mengimbas kejadian pada hari protes 2 Ogos lalu dimana beliau disekat polis apabila tiba di lingkaran Jalan Tuanku Abdul Halim menuju ke Jalan Parlimen dan dileoncngkan ke jalan alternatif.
Katanya, selepas menunjukkan surat rasmi PAC untuk hadir dalam mesyuarat pada hari tersebut, pihak polis yang bertugas di sekatan jalan raya memintanya untuk mengambil jalan alternatif untuk masuk ke Parlimen.
![]() |
Shu Qi lahirkan rasa terkejut dan kecewa |

0 Comments