PIHAK BERKUASA digesa mengambil tindakan terhadap Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin yang dianggap 'biadab' terhadap Yang di-Pertuan Agong.
Ia susulan kenyataan Ahli Parlimen Ampang itu yang berkata bahawa dia merasa 'sedikit kecewa' dengan cara Agong menegur kerajaan dalam isu pembatalan Ordinan Darurat yang menimbulkan pertikain baru-baru ini.
Pengerusi KEADILAN Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak melalui satu kenyataan media turut berkata, Zuraida turut bersikap angkuh terhadap Agong apabila mengharapkan Seri Paduka Baginda menghubungi Mahiaddin Md Yassin bagi mendapatkan penjelasan sebelum mengeluarkan kenyataan umum.
Zuraida dalam rancangan bual bicara bahasa Inggeris, Consider This yang disiarkan Astro Awani berkata, Kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara berhubung cadangan pembatalan ordinan darurat pada 29 Julai lalu adalah tidak "tidak wajar".
Agong yang perlu menurut nasihat kabinet dalam kebanyakan perkara menurut Zuraida boleh mendapatkan penjelasan daripada kabinet terlebih dahulu sebelum mengeluarkan titah.
"(Malaysia adalah) raja berperlembagaan di mana (raja) perlu mendapat nasihat kabinet dan perdana menteri tentang apa sahaja.
"Saya sedikit kecewa. Apa saja yang mereka tidak jelas, mereka seharusnya menghubungi Pejabat Perdana Menteri. (Lebih-lebih lagi) perdana menteri (mengadap Agong) sekali seminggu sebelum mesyuarat kabinet," katanya.
Sementara itu tambah Farhash, kenyataan pemimpin Bersatu itu seolah-olah memperlekeh kebijaksanaan Agong di dalam titah berkenaan yang menegasakan bahawa Baginda mahu Ordinan tersebut dibentang dan dibahaskan di Dewan Rakyat serta Dewan Negara bagi memenuhi Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan.
![]() |
Farhash mahu tindakan tegas diambil |
"Beliau wajar dilaporkan kepada polis dan disiasat untuk mengetahui sama ada sudah melangkaui batas atau tidak dalam kenyataan tersebut," kata Setiausaha Politik kepada DatuK Seri Anwar Ibrahim itu dalam kenyataan.
0 Comments