Ahli Parlimen Umno tarik sokongan, K'jaan Mahiaddin didakwa telah rebah


AHLI PARLIMEN Pagoh, Mahiaddin Md Yassin didakwa telah hilang sokongan sebagai Perdana Menteri.

Ia perkembangan terkini yang dilaporkan bahawa sekurang-kurangnya 11 Ahli Parlimen Umno telah menghantar akuan menarik sokongan terhadap Presiden parti Bersatu itu yang diserah kepada Yang di-Pertuan Agong.

Difahamkan, Ahli Parlimen berkenaan ialah Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datuk), Ahmad Maslan (Pontian) yang juga Setiausaha Agung Umno, Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang), Najib Razak (Pekan), Azalina Othman Said (Pengerang), Mohd Nizar Zakaria (Parit), Azeez Abdul Rahim (Baling) dan Noh Omar (Tanjung Karang).

Ahli Parlimen lain adalah Ramli Mohd Nor (Cameron Highlands), Ahmad Nazlan Idris (Jerantut) dan Ahmad Jazlan Yaakub (Machang).

Zahid yang dipetik laporan media berkata, surat akuan Ahli Parlimen Umno itu sekali gus bermakna kepimpinan Muhyiddin sudah hilang keabsahan sebagai ketua kerajaan kerana tidak lagi menikmati majoriti Ahli Parlimen.

semua ahli parlimen terbabit menurutnya menandatangani surat itu sebagai bukti menyatakan pendirian masing-masing.

Untuk rekod, Umno adalah blok penyokong terbesar yang membawa kepada pembentukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) tahun lalu. walau bagaimanapun, kerajaan Muhyiddin dipercayai mempunyai majoriti amat rapuh di Dewan Rakyat dan jumlah sokongan didakwa dinikmatinya tidak pernah disahkan.

Zahid dakwa K'jaan Mahiaddin telah roboh
Terdahulu, Umno mengadakan mesyuarat majlis tertinggi di ibu pejabat parti berkenaan jam 4 petang tadi.

Majlis itu memutuskan untuk parti itu berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong dan tidak lagi mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin.



Post a Comment

0 Comments