AHLI PARLIMEN Lenggong, Shamsul Anuar Nasarah meletak jawatan sebagai Ahli Jemaah Menteri Kerajaan Persekutuan.
Perkara itu dimaklumkan dalam satu kenyataan petang ini sambil menegaskan ia dibuat selepas mengambil kita keputusan dibuat pucuk pimpinan Umno.
“Mengambil kira beberapa keputusan dan pendirian parti. Maka, sebagai ahli Umno yang patuh dan setia kepada parti. Saya dengan ini meletak jawatan sebagai ahli Jemaah Menteri kerajaan persekutuan,” katanya dalam kenyataan tersebut.
Sebagai rekod, Shamsul Anuar adalah Menteri Tenaga dan Sumber Asli.
Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dikepalai Mahiaddin Md Yassin ditekan susulan kegagalan mengurus pendemik Covid-19 dengan baik. Ia memuncak apabila Menteri Udnang-undang, Takiyuddin Hassan membuat pengumuman mengejutkan di Parlimen minggu lalu yang berkata Ordinan Darurat telah dibatalkan.
Kenyataan Takiyuddin kemudian dikritik Yang di Pertuan Agong yang mezahirkan rasa dukacita terhadap pengumuman terburu-buru kerajaan Mahiaddin itu.
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut bertitah bahawa kenyataan Takiyuddin bukan sahaja gagal menghormati prinsip kedaulatan undang-undang yang terkandung dalam Rukun Negara, malah telah membelakangi fungsi dan kuasa Seri Paduka Baginda selaku Ketua Utama Negara seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.
![]() |
Shamsul Anuar keluar dari kabinet Mahiaddin |
Mac lalu, Shamsul menegaskan bahawa beliau bersedia meletak jawatan dalam kabinet sekiranya diarahkan parti.
Katanya kesetiaannya adalah kepada parti dan bukan jawatan.
0 Comments