PENGUMUMAN Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi semalam bahawa sekurang-kurangnya 10 Ahli Parlimen Umno bersamanya menarik semula sokongan terhadap Mahiaddin d Yassin dan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) membangkitkan persoalan apakah Perdana Menteri telah kehilangan kuasanya.
Pakar perlembagaan, Dr Nizamuddin Alias yang dipetik laporan Sinar berkata, secara teorinya berdasarkan penampilan 11 ahli Parlimen termasuk Ahmad Zahid, Muhyiddin sememangnya sudah kehilangan majoriti dan keasbahannya.
“Berdasarkan sidang media itu, kalau macam itu kerajaan PN yang dikepalai Muhyiddin ini sudah hilang majoriti dan beliau perlu letak jawatan, kena mengadap Yang di-Pertuan Agong,” kata pensyarah kanan Fakulti Sains Kemanusiaan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim itu dipetik.
Mengulas lanjut, Nizamuddin menegaskan, berdasarkan Perkara 43 (4) Perlembagaan Persekutuan, jika Perdana Menteri hilang sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat, kecuali atas permintaannya kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membubar Parlimen, Perdana Menteri hendaklah meletak jawatan.
“Namun, mengikut Perkara 40 (2) (b) Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa budi bicara dalam perkara pembubaran Parlimen.
“Baginda mempunyai budi bicara tidak membubarkan Parlimen walaupun dinasihati Perdana Menteri. Kuasa perkenan atau tidak terhadap pembubaran Parlimen adalah kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong,” katanya lagi.
Berdasarkan laporan media, selain Zahid turut menarik semula sokongan mereka terhadap Mahiaddin adalah Najib Tun Razak (Pekan); Azalina Said Othman (Pengerang); Mohd Nizar Zakaria (Parit); Azeez Abdul Rahim (Baling); Noh Omar (Tanjung Karang); Ahmad Nazlan Idris (Jerantut); Ahmad Jazlan Yaakub (Machang); Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang); Ramli Mohd Nor (Cameron Highlands) dan Ahmad Maslan (Pontian).
Kumpulan itu kemudian dilapor disertai 3 lain Ahli Parlimen Umno lain menjadikan kesemua yang menarik sokongan terhadap Mahiaddin adalah seramai 14 Ahli Parlimen Umno.
Mereka adalah Shamsul Annuar Nasarah (Lenggong) yang meletak jawatan sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli semalam serta seorang lagi Ahli Parlimen dari Sabah.
Ahli Parlimen ketiga yang menyertai kumpulan itu tidak dinamakan.
Pakar perlembagaan, Dr Nizamuddin Alias yang dipetik laporan Sinar berkata, secara teorinya berdasarkan penampilan 11 ahli Parlimen termasuk Ahmad Zahid, Muhyiddin sememangnya sudah kehilangan majoriti dan keasbahannya.
“Berdasarkan sidang media itu, kalau macam itu kerajaan PN yang dikepalai Muhyiddin ini sudah hilang majoriti dan beliau perlu letak jawatan, kena mengadap Yang di-Pertuan Agong,” kata pensyarah kanan Fakulti Sains Kemanusiaan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim itu dipetik.
Mengulas lanjut, Nizamuddin menegaskan, berdasarkan Perkara 43 (4) Perlembagaan Persekutuan, jika Perdana Menteri hilang sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat, kecuali atas permintaannya kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membubar Parlimen, Perdana Menteri hendaklah meletak jawatan.
“Namun, mengikut Perkara 40 (2) (b) Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa budi bicara dalam perkara pembubaran Parlimen.
“Baginda mempunyai budi bicara tidak membubarkan Parlimen walaupun dinasihati Perdana Menteri. Kuasa perkenan atau tidak terhadap pembubaran Parlimen adalah kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong,” katanya lagi.
Berdasarkan laporan media, selain Zahid turut menarik semula sokongan mereka terhadap Mahiaddin adalah Najib Tun Razak (Pekan); Azalina Said Othman (Pengerang); Mohd Nizar Zakaria (Parit); Azeez Abdul Rahim (Baling); Noh Omar (Tanjung Karang); Ahmad Nazlan Idris (Jerantut); Ahmad Jazlan Yaakub (Machang); Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang); Ramli Mohd Nor (Cameron Highlands) dan Ahmad Maslan (Pontian).
![]() |
Mahiaddin disifatkan telah hilang keasbahan |

0 Comments