Warganet kritik kabinet 'kitar semula'



WARGANET mengkritik pengumuman barisan Jemaah Menteri baharu oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Ia susulan pengumuman itu dilihat tidak membawa sebarang perubahan positif kerana anggota Jemaah Menteri daripada kerajaan pimpinan Perikatan Nasional (PN) di bawah pentadbiran Muhyiddin Yassin dikekalkan selepas Ismail mengambil alih kerajaan.

Warganet di laman sosial menyifatkan kabinet Ismail adalah kabinet kitar yang tidak mampu mengembalikan keyakinan ramai terhadap kerajaan baharu yang dibentuk minggu lalu.

“Kabinet #Malaysia Kurangkan, Guna Semula, Kitar Semula, ” tulis @itshikalhakim di Twitter seperti dilapor FMT.

Manakala @hannaalkaf mempersoalkan dimana beza kabinet Ismail dengan sebelum ini.

“Apa bezanya selepas dia (Muhyiddin) meletak jawatan,” soal .

Terdahulu beberapa pemimpin politik dalam respon segera terhadap pengumuman itu melahirkan rasa kecewa.

Bekas menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran berkata, Ismail telah melepaskan peluang keemasan membawa masuk pakar yang boleh mengendali pandemik apabila melantik 'muka serupa' menganggotai kabinetnya.

Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail pula berkata, kesilapan Ismail ini akan membuatkan perdana menteri itu dibayangi kerajaan PN yang sebelum ini dianggap sebagai kerajaan gagal oleh rakyat.

Marina Mahathir melalui akaun @netraKL berkata kerajaan Ismail telah mengheret Umno mewarisi legasi kerajaan gagal dari Mahiaddin.

Beliau menyifatkan apa yang diumumkan itu sebagai kegagalan pertama oleh Naib Presiden Umno itu. 
“Ini adalah peluang untuk anda melakukan dengan lebih baik tetapi anda gagal. Kekalkan semua yang tidak menunjukkan prestasi langsung. Selamat berjaya! #KerajaaanGagal

“Umno kini secara rasminya mewarisi #kerajaangagal. Jangan salahkan orang lain ketika PRU15.” tulisnya.

Ismail disifatkan warisi kegagalan k'jaan PN
Tindakan Ismail mengitar semula menteri dengan hanya menukar kementerian individu tertentu turut dikritik secara sinis warganet.

agai menteri kesihatan dan menteri sains, teknologi dan inovasi yang baharu.

“KJ (Khairy Jamaluddin) dan Adham Baba telah bertukar portfolio.

“Mari kita lihat apa rancangan Adham Baba untuk sains dan inovasi, saya yakin ia mesti menarik ,” tulis @DrMathen pula.

Post a Comment

0 Comments