KETUA PEMBANGKANG Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan rasa terkejut dengan pembentukan kabinet baharu yang menurutnya tidak mampu untuk menyuntik semangat baru buat negara.
Melalui satu rakaman video, Presiden KEADILAN itu berkata, pembentukan semula kabinet itu yang sebahagian besarnya dianggotai menteri kerajaan terdahulu tidak mampu menyakinkan pelabur dalam atau luar negara.
Mereka menurut Anwar telah berada dalam kabinet sebelum ini lebih satu setengah tahun tanpa menunjukkan apa-apa kemajuan yang membanggakan.
Ia adalah satu keadaan mengecewakan apabila negara sedang hadapi krisis pendemik Covid-19 yang lebih meruncing ditambah pula ekonomi rakyat terutama golongan bawahan semakin tertekan tetapi tiada langkah reformasi dilaksana dalam melantik menteri-menteri.
Ismail mengumumkan senarai kabinetnya pagi tadi dengan 26 menteri (tidak termasuk Ismail Sabri) dan 34 timbalan menteri sama ada dikekalkan dalam portfolio yang sama atau dirombak.
Hanya lima menteri dan empat timbalan menteri baru dilantik menyertai kabinet kerajaan baharu itu.
“Reaksi spontan rakyat menghampakan kerana ia adalah kitaran semula seperti yang diwar-warkan, kabinet baru kabinet lama yang tidak berubah,” kata beliau.
Mengulas lanjut Anwar berkata bahawa beliau mengambil maklum bahawa Ismail telah memberikan tempoh 100 hari kepada menteri dan timbalan menteri untuk menunjukkan prestasi masing-masing.
![]() |
Senarai kabinet Ismail mengecewakan |
"PM memberi tempoh 100 hari untuk menteri menunjukkan prestasi.
"Satu tengah tahun yang lalu, tidak ada kemajuan yang membanggakan," katanya lagi.
0 Comments