Tawaran Ismail sabri bukan perkara baharu

 



TAWARAN kerjasama perdana menteri, Ismail Sabri Yaakob dengan blok pembangkang menerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19 dianggap bukan satu perkara baharu.

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Salahuddin Ayub yang dipetik laporan Sinar Harian menegaskan bahawa sebelum ini pembangkang juga pernah terlibat dalam jawatankuasa darurat yang ditubuhkan.

“Ia bukan benda yang baharu. Kita (pembangkang) sudah duduk dalam jawatankuasa darurat dahulu.

“Jadi, saya tidak nampak apa-apa perkara yang menarik daripada tawaran tersebut.

“Ia hanya sekadar melantik. Komen saya, itu tidak anggap sebagai satu perkara yang baharu,” katanya dipetik laporan itu.

Ismail Sabri pada Ahad menawarkan kerjasama dengan blok pembangkang menerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19.

Dakwa ahli parlimen Bera itu, tawaran tersebut selari dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang mahu semua pihak bekerjasama sebagai satu pasukan dalam membantu rakyat.

Tiada yang menarik dengan tawaran Ismail
Sementara itu Salahuddin berkata,  berdasarkan pengalaman yang lalu, pandangan dilontarkan oleh pembangkang tidak akan didengari sekali gus tidak menjadi asas kepada kerajaan untuk bertindak.

“Walaupun pembangkang dimasukkan dalam jawatankuasa, kadang-kadang kita rasa pandangan kita pun tidak menjadi satu asas untuk kerajaan bertindak,” ujarnya.

 

Post a Comment

0 Comments