KETUA PEMUDA Pakatan Harapan (HARAPAN) Shazni Munir Mohd Ithnin yang dilaporkan berada dalam keadaan kritikal akibat positif Covid-19 kini telah di-intubasi (ditidurkan).
Perkembangan mengenai keadaan semasa Ketua Pemuda Amanah itu dikongsikan Ahli Parlimen Johor Baharu, Akmal Nasrullah Mohd Nasir menerusi Twitternya.
Dalam hantaran tersebut, Akmal yang merupakan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) turut mengajak orang ramai mendoakan kesembuhan untuk Shazni Munir.
Shazni Munir kini mengalami jangkitan Covid-19 tahap lima.
"Ya ALLAH, Kau lindungilah beliau, berikan kesembuhan kepada beliau, berikan kekuatan kepada beliau. Mohon sama-sama doakan," katanya.
![]() |
Orang ramai diajak doa kesembuhan |
Pihaknya juga dimaklumkan isteri dan anak-anak beliau disahkan positif Covid-19 tetapi mereka menjalani kuarantin kendiri di rumah.
0 Comments