Cepat atau lewat, k'jaan Mahiaddin tetap akan' tersungkur' - Salahuddin


AHLI PARLIMEN Pagoh, Mahiaddin Md Yassin tetap akan “tersungkur” walaupun cuba menggunakan pelbagai helah untuk mengekalkan kuasa dan jawatannya, kata Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub.

Merujuk kepada penangguhan sidang Dewan Rakyat esok yang diumumkan kerajaan, Salahuddin dipetik laporan FMT menegaskan bahawa Mahiaddin sememangnya telah hilang sokongan Ahli Parlimen.

“Perdana Menteri sudah hilang majoriti sebenarnya, sebab itu dia takut nak datang Parlimen. Dia dah hilang kredibiliti, dia dah hilang maruah malah secara terbuka melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

“Pada masa terdekat ini dia akan tetap jatuh, dia tidak boleh lari jauh apa yang telah berlaku pada hari ini,” katanya dipetik laporan portal itu.

Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen ke-14 bagi Dewan Rakyat yang sepatutnya bersambung pada Isnin 2 Ogos ini ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Perkara terkandung dalam surat dari Pejabat Setiausaha Dewan Rakyat Parlimen Malaysia yang ditandatangani Setiausaha Dewan Rakyat yang menyatakan Mahiaddin selaras dengan cadangan Ketua Pengarah Kesihatan serta penilaian risiko semasa yang sudah dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) susulan perkembangan terbaharu penularan jangkitan Covid-19.

Bagaimanapun tindakan kerajaan PN mengumumkan penangguhan itu dikritik kerana ia berlaku selepas kenyataan Istana Negara yang menyatakan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong 'dukacita' dengan tindakan tanduk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hassan yang tergesa-gesa mengumumkan pembatalan Ordinan Darurat dibacakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam Dewan Rakyat.

Susulan surat itu, Mahiaddin dan Takiyuddin serta Peguam Negara, Idrus Harun didakwa sebagai menderhaka yang kemudian mencetus kekecohan dalam Dewan.

Sementara itu, Salahuddin yang juga adalah Ahli Parlimen Pulai itu berkata tindakan Muhyiddin yang terus menderhaka kepada Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah mencemarkan negara, merosakkan Parlimen kerana ia tidak pernah berlaku dalam sejarah negara sejak merdeka.

Mahiaddin sudah tidak boleh lari jauh
“Saya yakin apa yang dia buat ini telah cemarkan negara, cemarkan Parlimen dan tidak pernah berlaku sejak negara merdeka,” tegasnya sambil mendakwa imej Speaker Azhar Azizan Harun yang dikritik hebat kerana menjadi “pelindung” kerajaan gagal itu sudah tercalar teruk.

“Jadi mereka takkan berani hadapi kita pada Isnin ini,” katanya lagi.

Post a Comment

0 Comments