AHLI Politik Perikatan Nasional (PN) yang berkongsi satu poster palsu di media sosial berkait bekas timbalan menteri, Hannah Yeoh bakal menerima notis peguam dalam masa terdekat.
Ahli Parlimen Segambut itu melalui satu muat naik di laman Facebooknya berkata, pihaknya telah membuat laporan polis pada 31 Julai mengenai poster palsu yang bertujuan melaga-lagakan kerajaan bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin dengan Istana Negara.
"Poster itu memaparkan perbualan di aplikasi WhatsApp yang kononnya antara Yeoh dengan individu tidak dikenal pasti, merancang untuk menghantar maklumat kepada “kumpulan Zahid”.
"Saya telah mengarahkan peguam saya, Khairil Khalid dan Athari Bahardin, untuk mengeluarkan surat tuntutan kepada ahli politik PN yang kami dapati dalam talian - MCA dan juga, PAS - kerana berkongsi berita palsu," katanya.
Poster itu menurutnya direka oleh ahli politi PN daripada PAS dan MCA sebelum ia dikongsi di media sosial. Beliau walau bagaimanapun tidak menamakan ahli politik berkenaan.
Pada 31 Julai lalu, pemimpin DAP itu menafikan kandungan hantaran itu dimuat naik oleh dirinya.
Sementara itu peguamnya, Athari berkata mereka akan terlebih dahulu akan meminta individu yang dikenal pasti menarik balik hantaran media sosial berkenaan dan mengeluarkan permintaan maaf secara terbuka.
![]() |
Tiada kompromi, Hannah beri masa tujuh hari |
Polis pagi tadi mengambil keterangan berhubung poster palsu itu dan difahamkan kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah.
0 Comments