KOMITMEN Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk tidak menyulitkan usul undi percaya di Dewan Rakyat bakal memberi lebih banyak ruang kepada Perdana Menteri memilih Kabinet yang terbaik.
Ketua penyelidik Ilham Centre, Dr Mohd Yusri Ibrahim dipetik laporan media berkata, dengan 'politik damai' dari pembangkang itu, Ismail Sabri boleh mentadbir tanpa tekanan mana-mana pihak yang mungkin akan menarik sokongan jika tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut.
Situasi itu dijangka akan menjadikan suasana politik negara bakal lebih stabil dan usaha menangani pendemik Covid-29 boleh dilaksana dengan lebih baik.
“Jika ada antara 113 Ahli Parlimen yang menyokong beliau sebelum ini menarik sokongan jika tidak berpuas hati dengan pemilihan jemaah menteri, pembangkang masih boleh membantu untuk luluskan usul tersebut dan mengekalkan kedudukan PM.
“Inilah politik damai, untuk meredakan sekejap kehangatan politik bagi memberi ruang semaksimum mungkin menangani pandemik Covid-19 dan kelesuan ekonomi,” katanya dalam satu ulasan di Facebooknya.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dua lagi pemimpin utama pembangkang mengadakan pertemuan dengan Ismail di Putrajaya pada Rabu.
Sebaik pertemuan itu, Anwar yang juga Pengerusi HARAPAN menyatakan kesediaan pihaknya menyokong usul undi percaya terhadap Ismail sekiranya kerajaan dipimpinya akan mengutamakan kebajikan dan kepentingan rakyat.
“Kita beritahu, kalau suasana begini dan program-program adalah pro-rakyat, kita tidak mahu sulitkan,” kata Anwar.
![]() |
Pendirian HARAPAN selaras titah YDPA |
Sementara itu tambah Yusri, persefaham dicapai antara pembangkang dan Ismail itu turut mengesahkan bahawa dalam politik kontemporari dimana rakyat dan negara perlukan adalah politik damai dan politik matang.
0 Comments