PELUANG untuk Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dilantik sebagai perdana menteri masih belum tertutup sepenuhnya.
Pandangan itu diutarakan Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin yang berkata bahawa sokongan diterima Anwar dari segi angka adalah munasabah.
“Semalam, kita semua sudah hantar surat akuan bersumpah (SD), proses itu diteruskan dan saya rasa kita tunggu apa pemilihan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
“Dari segi sokongan itu, saya fikir munasabah,” katanya dipetik laporan Sinar Harian pada Khamis.
Mengulas lanjut perkembangan semasa yang mendakwa bahawa Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob telah dipilih sebagai Perdana Menteri kesembilan, Shamsul yang merupakan Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya berpandangan ia tidak tepat.
Jelasnya, sekiranya Ismail Sabri telah dipilih menjadi Perdana Menteri, sepatutnya beliau mengangkat sumpah pada hari ini (Khamis).
“Kalau digambarkan Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri, hari ini (Khamis) patutnya dia angkat sumpah, bukan pergi kepada pengesahan. Kenapa nak mengesahkan, seolah-olah ada benda yang tidak kena,” katanya.
Semalam 114 Ahli Parlimen daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS), Bersatu, UMNO, MCA, MIC, Pas dan beberapa parti lain serta ahli Parlimen Bebas.
Seri Paduka Baginda dilapor menitahkan kehadiran mereka bagi membuat pengesahan bahawa Ahli Parlimen tidak memberikan sokongan kepada ahli parlimen Bera semasa di bawah tekanan.
Bagaimanapun perdana menteri sementara, Mahiaddin Md Yassin ketika Ahli Parlimen dilapor sedang menghadap baginda kemudian telah berkata kepada media bahawa sokongan diberikan Ahli Parlimen Partinya kepada Ismail adalah sokongan bersyarat.
Kenyataan itu kemudian menimbulkan polimik dan bertentangan dengan niat Seri Paduka yang memanggil Ahli Parlimen ke Istana Negara.
Sementara itu tambah Shamsul, titah baginda supaya Ahli Parlimen menghadap baginda sekadar proses sesuai dengan peruntukan Perlembagaan iaitu pada hemat baginda mungkin memiliki majoriti, namun sesiapa pun yang dipilih akan ke pergi ke Parlimen untuk diundi tahap sokongannya.
![]() |
Peluang belum tertutup sepenuhnya |
Hanya selepas itu dipercayai seorang Ahli Parlimen bakal dinamakan sebagai perdana menteri kesembilan.
0 Comments