KETIKA Yang di-Pertuan Agong masih belum memutuskan siapa akan dilantik sebagai Perdana Menteri ke-9, namun persaingan bagi kerusi nombor dua dalam kerajaan dilapor telah bermula.
Portal Malaysia dalam laporannya berkata propaganda mula dimainkan dengan mendakwa Timbalan Perdana Menteri yang akan dilantik dalam kerajaan yang bakal terbentuk nanti adalah Ahli Parlimen dari Bersatu .
Tiga bekas menteri kabinet dalam kerajaan Muhyiddin Yassin iaitu Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainuddin, dan anggota Majlis Tertinggi Bersatu, Redzuan Md Yusof dan Ahli Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali didakwa antara individu yang akan bersaing ke jawatan tersebut.
Utusan Malaysia dalam laporannya memetik kenyataan satu kumpulan yang mendakwa sebagai penggerak awal Bersatu mahu jawatan itu diberikan kepada parti berkenaan.
Mereka turut mencadangkan Redzuan, yang merupakan Ahli Parlimen Alor Gajah, dilantik bagi jawatan itu.
“Calon yang difikirkan paling layak adalah Mohd. Redzuan yang mana beliau sebelum ini adalah Menteri Tugas-tugas Khas.
“Beliau juga antara pimpinan Bersatu yang paling awal membina parti bersama Mahiaddin Yasin atau digelar sebagai pengasas 12. Sudah tentu Mohd. Redzuan antara orang yang amat faham perjuangan parti,” dakwa kenyataan tanpa nama yang dipetik oleh Utusan itu.
Kenyataan kumpulan itu menyusul satu khabar angin sebelumnya yang mendakwa bahawa telah wujud satu persetujuan antara parti-parti politik bahawa Ismail akan dilantik sebagai perdana menteri manakala Hamzah yang merupakan Menteri Dalam Negeri sebelum ini sebagai timbalannya.
Namun, khabar angin itu disangka seorang anggota Majlis Tertinggi Bersatu, Abdul Latiff Ahmad.
Untuk rekod, Hamzah merupakan Ahli Parlimen Larut yang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) atas tiket Barisan Nasional (BN) sebelum melompat kepada Bersatu.
Dia sebelum ini dikatakan sebagai orang penting kepada Mahiaddin.
Selain mereka, Azmin yang kini adalah Ketua Penerangan Bersatu turut dinamakan, namun dilihat bukan calon popular ke jawatan tersebut.

![]() |
Nama beberapa individu mula disebut |

0 Comments